
Pelawak, Man Raja Lawak bersyukur dengan rezeki awal tahun 2025 apabila dapat memiliki kereta idamannya berjenama mewah, Mustang.
Rezeki pembuka tahun 2025
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Man atau nama lengkapnya Abdul Rahman Kasim meluahkan rasa keterujaannya yang sementara.
Difahamkan, kereta baru miliknya itu diduga dengan masalah enjin disebabkan tindakan seorang individu.
Semua yang berlaku ada hikmah.
Rezeki pembuka tahun 2025.
Dah rasa gembira sangat-sangat dapat beli Mustang tapi yang sedih, saya sempat bawak satu kali saja ke Melaka bersama keluarga.
Selepas itu, enjin masalah disebabkan orang lain.
Berkongsi lebih lanjut, pelawak berusia 47 tahun itu perlu menunggu selama dua bulan untuk proses membaiki kereta barunya.
Walau bagaimanapun, Man akui reda dengan ujian yang menimpanya.
Netizen kagum dengan Man




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pencapaian yang diusahakan oleh juara Raja Lawak musim ke-5 itu. Selain itu, warganet turut menasihati agar tidak sewang-wenangnya meminjamkan barangan peribadi terutama kenderaan kepada sesiapa.





