Maestro muzik terkenal, Datuk M Nasir memberi pandangannya mengenai pertandingan nyanyian antarabangsa, iaitu Eurovision.
Artikel Berkaitan: Eurovision 2026: Aina Abdul Seru Rakyat Malaysia Beri Sokongan – ‘Tak Kisahlah Anda Minat Saya Atau Tidak’
Bukan sekadar vokal

Ketika ditemui M. Nasir berkata, pertandingan tersebut berlangsung sejak sekitar enam dekad lalu dan sudah mempunyai identiti tersendiri.
Menurut M. Nasir, dia sudah lama mengikuti pertandingan berkenaan dan menyifatkannya sebagai antara acara muzik yang cukup popular di Eropah.
Eurovision adalah sebuah pertandingan yang sudah lama dilaksanakan. Usianya lebih kurang 70 60 tahun. Sejak zaman ABBA dulu. Eurovision popular di Eropah sebab Eurovision itu untuk Eropah sahaja.
Jadi sekarang dia sudah buka kepada dunia dan kita cuba masuk namun tidak berhasil.
Dalam pada itu, M Nasir menjelaskan bahawa pemahaman terhadap kehendak penganjur pertandingan merupakan perkara penting sebelum sesebuah negara menghantar wakil untuk bertanding.
Tambahnya, aspek pemilihan lagu, penyanyi dan konsep persembahan perlu diteliti bagi memastikan penyertaan yang dihantar menepati cita rasa pertandingan tersebut.
Sebenarnya kita mesti tahu apa itu Eurovision. Apa yang mereka hendak. Kalau kita nak pergi ke sana kita kena tahu apa yang sebenarnya Eurovision mahukan.
Lagu, persembahan dan artis yang macam mana mereka hendak. Tak boleh pandai-pandai atau suka-suka sahaja hantar.
M. Nasir berkata demikian ketika ditemui pada sindang media Konsert Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5 yang berlangsung di ibu kota pada Isnin.
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Mustika ini berpandangan, Eurovision bukan semata-mata mencari penyanyi dengan kemampuan vokal hebat, sebaliknya lebih mengutamakan lagu dan persembahan yang mempunyai daya tarikan tersendiri.
Selain itu, M Nasir berkata, penilaian terhadap sesebuah karya juga mungkin berbeza mengikut perspektif tempatan dan penganjuran program antarabangsa.
Tidak ada muzik yang kualiti sangat yang diharapkan dalam Eurovision. Tapi itulah apa yang mereka hendak.
Begitu juga kalau peraduan dunia umpamanya. Dahulu ada peraduan peraduan Yamaha World Song Festival. Kita pernah masuk tapi tidak pernah dapat apa-apa pun.
Justeru, M Nasir menegaskan penggiat muzik tempatan perlu lebih memahami kehendak sesebuah pertandingan antarabangsa sekiranya mahu membawa karya Malaysia ke peringkat lebih tinggi.
Kita tidak faham sebenarnya apa kehendak Eurovision itu. Mereka bukan mahu orang yang paling bagus menyanyi. Mereka hendak persembahan dan lagu yang catchy serta menarik, itu sebenarnya.
Itu bagi mereka, bagi kita mungkin sudah cukup tapi pada pandangan di peringkat antarabangsa adalah berbeza.
Sementara itu, M Nasir memaklumkan turut mengikuti acara tersebut di mana penyanyi Aina Abdul menjadi wakil Malaysia.
Terdahulu, juara keseluruhan Eurovision Asia 2026 menjadi milik wakil Filipina, Carmelle, menerusi lagu Sobra-Sobra dengan 211 markah, diikuti pasangan duet tuan rumah dari Thailand, Mang dan Daou (Aroma) di tempat kedua dengan 170 markah, manakala wakil Vietnam, Tóc Tiên (Em Tien) di tempat ketiga dengan 164 markah.
Aina pula berada di tempat keempat selepas meraih 152 markah menerusi persembahan lagu Bluest Sky.
The post [VIDEO] M. Nasir Ulas Penilaian Eurovision, Akui Kehebatan Vokal Bukan Aspek Utama Kemenangan first appeared on OHBULAN!.





