27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Enam Jam Jay Jay Dalam Bilik Pembedahan

    Shopee Sale



    Umum mengetahui, penyanyi Jay Jay terpaksa menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) kerana masalah jantung tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

    Tidak akan sedar selama 12 jam

    Terbaru, mendapat maklumat bahawa pembedahan pintasan jantung penyanyi popular itu mengambil tempoh lebih enam jam.

    Jay Jay dalam bilik pembedahan sejak jam 8 pagi, hari ini. Selepas pembedahan selesai, Jay Jay akan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia akan tidak sedarkan diri selama 12 jam.

    Menurut penyanyi, Rozita Rohaizad yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK), Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Jay Jay sudah dua minggu dirawat di IJN.

    Buat masa ini, pelawat tidak dibenarkan dan hanya anggota keluarga terdekat saja. Cammy juga mohon daripada semua untuk sama-sama mendoakan kesembuhan bapanya itu.

    Sebelum ini, penyanyi nasyid, Cheb Ali dan isterinya, Azura Aziz berkongsi berita mengenai keadaan Jay Jay. Menurut mereka, pelantun suara ‘Joget Angan Tak Sudah’ itu tidak tahu dia ada masalah jantung sebelum ini.

    MENARIK:  Cik B Dedah ‘Income’ Bulanan Lebih Setengah Juta, Tak Sokong Kenyataan Gen Z Pemalas

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah