26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Luahan Naqiu Tentang Anak Istimewa Undang Sebak – ‘Saya Harap Alexander Pergi Dulu, Supaya Dia Tak Rasa Kehidupan Tanpa Ibu Bapanya’

    Shopee Sale

    Penyanyi Naqiu tidak dapat menahan air mata apabila berkongsi tentang kisah anak keempatnya, iaitu Wan Alexander Putra.

    Artikel Berkaitan: Naqiu Teruja Dapat Menyanyi Lagu Ciptaan Ajai ‘Khayalan’

    MENARIK:  Kagum Dengan Kecantikan Syasya Rizal Ketika Berbusana Pengantin - Muka Berseri Dengan Bertudung

    Artikel Berkaitan: Naqiu Kena Tipu Cecah RM100k, Serah Kes Pada Peguam – ‘LOD Dah Hantar Pagi Tadi’

    Luahan Naqiu

    " data-video-id="7623996866690157844" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @kitakitaajepodcast

    “Saya harapkan Alexander pergi dulu sebelum saya.” Luahan yang terlalu berat untuk diucapkan. Apa sebenarnya yang tersimpan di sebalik kata-kata ini? Dengarkan kisah sebenar Naqiu yang penuh emosi dan perjuangan, hanya di Kita Kita Aje Podcast. 📆 Khamis | 2 April 2026 ⏰ 8.00 malam KitaKitaAjePodcast Naqiu PodcastMalaysia

    ♬ original sound – Kita Kita Aje! Podcast – Kita Kita Aje! Podcast

    Menerusi perkongsian di podcast Kita Kita Aje, Naqiu atau nama lengkapnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 39, menangis ketika menyatakan bahawa dia mahu anaknya itu pergi dahulu sebelum dirinya.

    Saya harapkan Alexander pergi dahulu sebelum saya, supaya dia tak rasa kehidupan tanpa ibu bapanya.

    Biar saya sakit kehilangan saya, daripada dia sakit kehilangan saya.

    Saya tak pernah cakap tentang hal ini dekat isteri saya. Tapi kalau dia dengar ini saya minta maaf.

    Jauh di lubuk hati saya, saya mengharapkan ini.

    Difahamkan Alexander merupakan seorang kanak-kanak autisme. Justeru, juara Gegar Vaganza 6 ini gusar memikirkan tentang masa depan Alexander jika dirinya ditakdirkan meninggal dunia sebelum anaknya itu.

    Saya rela sakit kehilangan daripada dia sakit kehilangan dan juga saya tidak akan tahu bagaimana orang akan melayani dia selepas ini.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak mendengar luahan Naqiu itu.

    Dalam pada itu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, mereka memahami perasaan Naqiu malah turut menyatakan hasrat yang sama.

    Untuk info, Naqiu mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Hanisah Zuhari pada 2011 dan dikurniakan enam orang cahaya mata.

    Sumber: TikTok Kita Kita Aje

    The post [VIDEO] Luahan Naqiu Tentang Anak Istimewa Undang Sebak – ‘Saya Harap Alexander Pergi Dulu, Supaya Dia Tak Rasa Kehidupan Tanpa Ibu Bapanya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah