Pelakon Lorenzo Irmann tidak meletakkan salah pada mana-mana pihak ekoran muzik video (MV) kumpulan Dolla yang terpaksa diturunkan.
Artikel Berkaitan: Dolla Mohon Maaf Batal Konsert, Ganti Dengan ‘Meet & Greet’ – ‘Kami Rindu Nak Jumpa Peminat’
Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Puji Universal Music Malaysia Turunkan MV Dolla – ‘Terima Kasih Kerana Dengar Suara Rakyat’
Tidak menunding jari

Ketika ditemui , Lorenzo atau nama lengkapnya Lorenzo Irmann Farhan @ Caddeo Paolo, 21, berpendapat setiap busana telah disediakan sepenuhnya oleh pihak produksi.
Tambah Lorenzo yang juga merupakan ‘talent’ dalam muzik video Dolla, dia mengetahui ekoran isu tersebut menerusi ciapan di media sosial.
Saya hanya muncul dalam MV sahaja, tak tahu pun mereka delete video itu. Tapi ada lah saya cuba tanya kenapa.
Meskipun kita tahu ahli kumpulan Dolla terdiri daripada bangsa Cina dan Melayu, Angle dan Tabby mungkin bebas tapi Sabronzo ada kenkangan itu tapi pakaian itu telah disediakan mengikut konsep MV tersebut jadi mereka pakai apa yang telah disediakan untuk mereka.
Tiada pihak yang salah dekat sini cuma kena lebih berhati-hati selepas ini dan ambil ikhtibar.
Lorenzo berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Countdown KITA 2026 yang diadakan di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada malam Selasa.
Kesal

Dalam pada itu, Lorenzo meluahkan rasa kesal ekoran muzik video yang perlu diturunkan namun akur dengan teguran yang diberikan oleh pihak tertentu.
Hasil kerja daripada petang sampai pagi, siapa yang tak penat buat kerja dan sebenarnya untuk Dolla itu mereka punya comeback. Mereka pun lama tak keluar lagu dan peminat mereka sangat menantikannya.
Selepas dah keluar kualitinya kita dapat lihat sangat bagus tapi dalam bagus itu pasti ada kekhilafan berlaku yang kita tak sedar. Padangan orang kita tak dapat nak endahkan dan ia isu yang besar untuk mereka.
Dan apa sahaja tindakan yang diambil ia adalah luar bidang kuasa saya. Adalah rasa kesal sedikit sebab kita tak dapat nak tengok hasil itu tapi kita masih hormat dengan keputusan itu.
Imbas kembali, Universal Music Malaysia telah menarik turun video muzik terbaharu Dolla dari semua platform digital selepas timbul kritikan terhadap penampilan ahli kumpulan yang dikatakan mencolok mata.
Tindakan itu diambil susulan teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menyatakan kebimbangan mengenai pemakaian artis Muslim yang didakwa tidak mematuhi garis panduan.
The post [VIDEO] Lorenzo Irmann Hargai Usaha Dolla, Akur Dengan Keputusan Video Muzik Perlu ‘Take Down’ first appeared on OHBULAN!.





