26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Lisa Blackpink Jalan Seorang Diri Di Itali, Netizen Spekulasi Putus Cinta Dengan Frederic Arnault?

    Shopee Sale

    Hubungan rapat antara Lisa Blackpink dan pewaris jenama mewah, Frédéric Arnault sekali lagi jadi bualan hangat. 

    Blackpink di Itali

    " data-video-id="7537705003738336520" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @henryansel

    Lisa in Capri 🇮🇹 She is so pretty 💛 #LISA #LALISA #LISAxDREAM #LLOUD #DREAM

    ♬ Priceless – Maroon 5 & LISA

    Ketika ini, kumpulan kpop terkenal Blackpink sedang berada di Eropah untuk konsert jelajah dunia DEADLINE. 

    Selepas menamatkan persembahan di Itali dan Sepanyol, ahli kumpulan itu, Lisa, mengambil peluang menikmati cuti sebelum konsert bersambung semula pada 15 Ogos ini.

    Namun, percutian Lisa di Capri, Itali, menjadi perhatian apabila tular video memaparkannya berjalan seorang diri, hanya ditemani seorang lelaki tinggi yang dipercayai pengawal peribadi.

    Ketiadaan figura yang sering dikaitkan dengannya, Frédéric Arnault, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat. 

    Malah, ada yang berspekulasi pasangan itu mungkin sudah berpisah, memandangkan Frédéric sebelum ini sering dilihat bersama Lisa di pelbagai lokasi seluruh dunia.

    Hubungan Lisa dan pewaris jenama mewah itu mula diperkatakan sejak lebih setahun lalu, malah khabar angin terkini mendakwa hubungan mereka semakin serius. 

    Namun, kedua-duanya tidak pernah mengesahkan memiliki hubungan romantik.

    Sementara itu, ada juga peminat yang meluahkan rasa tidak senang dengan tindakan menyebarkan rakaman peribadi Lisa ketika bercuti, sambil mempersoalkan punca dan tujuan video itu disebarkan.

    Sumber: Koreaboo

    The post [VIDEO] Lisa Blackpink Jalan Seorang Diri Di Itali, Netizen Spekulasi Putus Cinta Dengan Frederic Arnault? first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah