30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Lelaki Jangan Triggered Kalau Perempuan Nak Cari Calon Suami Provider, Kena Terima Hakikat’ – Iddin Ramli

    Shopee Sale



    Penulis buku dan pempengaruh media sosial, Iddin Ramli, baru-baru ini berkongsi pandangan dan nasihat berhubung tanggungjawab suami dan isteri dalam sesebuah perkahwinan.

    ’50/50 bukan sifat lelaki provider’

    " data-video-id="7494228274416045330">
    @iddinramlii50/50 bukan sifat lelaki provider? original sound – ????


    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Iddin menekankan pentingnya lelaki memahami peranan mereka sebagai ‘provider’ (penyedia) dalam rumah tangga, serta bagaimana isteri seharusnya dihargai, terutamanya dalam konteks kehidupan moden.

    Lelaki jangan triggered kalau perempuan nak cari calon suami yang provider.

    Kita kena terima hakikat, 50/50 tu bukanlah lelaki yang provider. Walaupun 70/30 pun, bukan sifat lelaki provider.

    Malah untuk menjadi seorang suami ‘provider’, tidak hanya menguruskan kewangan, tetapi juga segala perkara yang diwajibkan ke atas mereka dalam menjaga dan memberi perlindungan kepada keluarga.

    Lelaki provider ni dia akan sediakan dari A sampai Z, segala perkara dia akan sediakan untuk keselesaan isteri dia. Dia akan sediakan segala keperluan, perkara yang diwajibkan ke atas dia.

    Menyedari bahawa zaman kini telah berubah memandangkan ramai isteri mula bekerja kerana ingin membantu suami dalam memenuhi keperluan keluarga, maka suami perlu bersyukur atas pengorbanan tersebut.

    Isteri tak perlu bekerja. Isteri duduk rumah, jaga dan cantikkan rumah jadikan rumah itu macam syurga. Didik, besarkan anak-anak, layan dan taat pada suami.

    Itulah kerja seorang isteri sepatutnya. Tapi zaman sekarang kita tengok, ramai isteri yang mula bekerja sebab nak bantu suami.

    Bagi saya, isteri yang bekerja untuk bantu suami adalah isteri yang sangat baik. Sebagai suami kena hargailah, jaga isteri baik-baik dan jangan khianati dia.

    Sebaik-baik suami adalah suami yang berbuat baik kepada isterinya. Isteri kita bukan hamba, mereka yang akan berdamping dengan kita, maka layanlah dengan sebaik layanan.

    Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan pandangan dan sokongan terhadap nasihat yang diberikan oleh Iddin. Mereka menasihati dan mengingatkan para suami untuk lebih menghargai pengorbanan isteri.

    MENARIK:  Nora Ariffin Beri Bayangan Buat Permohonan Cerai, Ikut Permintaan Isteri Pertama? – ‘Dia Mahu Kembali Bermonogami & Atas Desakan Orang Ketiga’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah