29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, August 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Lebih 100k Tonton ‘Live’ Suami MUA Bellaz Pulang Dari RXZ Members 8.0

    Shopee Sale

    Kepulangan suami kepada personaliti media sosial Mua Bellaz dari menyertai himpunan pemilik dan peminat motosikal RXZ Members 8.0 telah menyorot perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: Anak Ditawar Sertai Program Realiti, Mua Bellaz Terpaksa Tolak – ‘Belum Masanya, Biar Dia Nikmati Zaman Kanak-Kanak

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] MUA Bellaz Jemput Orang Kampung & Followers Ke Rumah Terbuka, Netizen Kagum – ‘Hebat Rezeki Allah Bagi’

    Kepulangan Mat Nuart

    Menerusi perkongsian semula di Threads, kelihatan Anuar Ahmad atau Mat Nuart sedang menunggang motosikal memasuki kawasan rumahnya.

    Difahamkan Mat Nuart menyertai himpunan tersebut selama tiga hari di Gong Badak, Terengganu yang berakhir semalam.

    Paling mengujakan adalah apabila Bellaz merakamkan kepulangan suaminya itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok sehingga mencecah lebih 100 ribu tontonan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Han, Yuki..Mama Ni’ – Cik Epal Jerit Depan Rumah Jofliam Panggil Anak-Anak, Dakwa Dah 3 Bulan Dihalang Berjumpa?

    Dari siaran langsung tersebut kedengaran suara Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini serta anak-anak yang sangat teruja menanti kepulangan Mat Nuart.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut gembira melihat reaksi dan gelagat Bellaz serta anak-anaknya.

    Dalam masa sama, mereka turut memuji Mat Nuart yang menyertai himpunan permotoran tersebut atas dasar minat dan bukan tujuan lain, selain keperibadiannya yang sentiasa mendahulukan isteri.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Lebih 100k Tonton ‘Live’ Suami MUA Bellaz Pulang Dari RXZ Members 8.0 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah