31 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Khairul Aming Terima Terlalu Banyak ‘Resume’ – ‘Ada Yang Letak Dalam Troli, Selit Bawah Pintu, Kepit Dekat Cermin Kereta’

    Shopee Sale



    Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming mendedahkan menerima terlalu banyak permohonan pekerjaan.

    Ramai hantar resume

    " data-video-id="7498526287976303890" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @khairulamingfans_

    Soalan yg paling selalu ditanya ? @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #teamKA #walaming #influencer #kilangkhairulaming #kerjakhairulaming #bodyguardkhairulaming #stafkhairulaming #rasapop

    ? original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata, dia sering diajukan soalan mengenai kekosongan jawatan.

    Tak ada kerja kosong, saya bukan tak nak bagi mohon tetapi terlampau ramai sangat.

    Setiap hari resume baru akan masuk. Saya tak tahu nak bagi jawatan kosong dekat siapa, resume tu semua sudah ‘berbukit’ dekat kilang.

    Menurut Khairul Aming, pemohon-pemohon tersebut melakukan pelbagai cara untuk menghantar resume.

    Macam-macam cara mereka buat..ada yang letak dalam troli saya semasa di pasar raya, selit bawah pintu, kepit dekat cermin kereta, ada depan pejabat dan pagar kilang.

    Tetapi kekosongan dalam setahun dalam satu sahaja. Staf saya pula tak letak jawatan.

    Tak mahu bagi harapan

    Walau bagaimanapun, pempengaruh berusia 33 tahun itu enggan memberi harapan meskipun mereka mengetahui kilang ketiganya bakal menjalankan operasi tidak lama lagi.

    Saya tak mahu memberi harapan dan membazirkan masa kalian sebab saya tahu kami tak boleh nak kendalikan semuanya.

    Saya rasa jahat nak buka jawatan kosong sedangkan kekosongan mungkin hanya satu.

    Kilang ketiga belum dimulakan lagi, tetapi saya rasa 10 kilang pun tak mampu nak menampung resume yang banyak itu.

    MENARIK:  [VIDEO] Adira Suhaimi Nafi Bakal Rujuk Dengan Datuk Red, Selesa Kehidupan Sekarang – ‘Kalau Ada Jodoh, Adalah..Kalau Tak Ada, Tak Apa’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah