26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kalau Suami Mahu Curang Atau Berkahwin Satu Lagi, Saya Tidak Larang’ – Siti Badriah

    Shopee Sale

    Penyanyi dangdut Indonesia, Siti Badriah mendedahkan bahawa dia tidak menghalang jika suaminya ingin berpoligami mahupun berlaku curang.

    Artikel Berkaitan: Sambutan Hangat ‘Inul Daratista Live in Malaysia’ Buka Peluang Cari Bakat Pelapis Dangdut

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Itu Antara Saya & Tuhan, Korang Bukan Tuhan Jadi Saya Tak Perlu Buktikan Apa-Apa’ – Leona

    Artikel Berkaitan: Ani Mayuni Syukur Hubungan Dengan Penyanyi Dangdut Kembali Jernih – ‘Hanya Salah Faham, Terlalu Dengar Cakap Orang’

    Mungkin ada kekurangan sendiri

    " data-video-id="7616761295362166032" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @podcasthero.id

    Bebaskan Suami Selingkuh! sc: c8 podcast igun sitibadriah KrisjianaBaharudin selingkuh istrisiri

    ♬ original sound – Podcast Hero – Podcast Hero

    Menerusi sebuah podcast Hero di TikTok, Siti Badriah atau lebih mesra disapa Sitibad, memaklumkan dia dan suami, Krisjiana Baharudin telah membincangkan perkara tersebut sejak awal perkahwinan lagi.

    Malah Siti menyifatkan sekiranya situasi tersebut terjadi, kemungkinan ianya berpunca daripada kelemahannya sebagai seorang isteri.

    Sejak awal lagi saya sudah beritahu kepada Kris, kalau dia mahu curang atau mahu berkahwin satu lagi, saya tidak akan melarang.

    Kalau dia buat begitu, mungkin ada kekurangan daripada diri saya.

    Serahkan pada suami

    Mengulas lanjut, pelantun lagu Lagi Syantik ini meluahkan rasa bimbang sekiranya dia gagal menjadi isteri yang sempurna atau tidak mampu memenuhi setiap keperluan suaminya.

    Disebabkan itu, dia memilih untuk meletakkan kepercayaan dan menyerahkan segala keputusan di tangan suaminya.

    Saya takut kalau saya tidak dapat menjadi isteri yang sempurna atau tidak dapat memenuhi apa yang dia inginkan.

    Jadi saya serahkan sahaja kepada dia.

    Bagaimanapun, Sitibad menegaskan bahawa jika dia mendapati pasangannya menjalinkan hubungan bersama wanita lain tanpa pengetahuannya, suaminya tidak dibenarkan mendekatinya atau anak-anak mereka lagi.

    Kalau saya dapat tahu dia ada perempuan lain, jangan dekat dengan saya dan anak-anak lagi.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Kalau Suami Mahu Curang Atau Berkahwin Satu Lagi, Saya Tidak Larang’ – Siti Badriah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah