30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kalau Betul Anak Saya Kena Reject, Takkan Kami Bayar Penalti Pula?’ – Kak KM

    Shopee Sale

    Usahawan terkenal, Kak KM memberi penjelasan berhubung isu anaknya, Nabila Razman yang didakwa tidak layak untuk menjadi kru kabin di sebuah syarikat penerbangan di Singapura.

    Artikel Berkaitan: Anak Kak KM Berhenti Kerja Pramugari Di Singapura – ‘Pekerjaan Itu Bukan Untuk Saya’

    Artikel Berkaitan: Anak Kak KM Bidas Dakwaan Netizen Gagal Lepasi Latihan Pramugari – ‘Kau Ingat Syarikat Tak Ada Peraturan & Polisi?’

    Penjelasan Kak KM

    View this post on Instagram

    A post shared by Lianarosli Official (@kakkmsayang)

    Ketika ditemui , Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli, 44, mengakui membayar sejumlah wang penalti kepada syarikat penerbangan tersebut demi membawa Nabila pulang semula ke pangkuannya.

    Saya berterus terang, kami memang bayar penalti sebab saya tak mahu anak saya kerja dekat sana.

    Tak ada masalah untuk bayar kerana saya mahu anak saya semula. Saya besarkan anak bukan untuk orang lain sesuka hati marahkan dia.

    Jadi kenapa bila saya hantar pergi kerja nak marah-marah dia pula? Mungkin orang di sana kurang kenal siapa anak saya.

    Tidak mengapa saya rugi sedikit untuk bayar, yang penting anak saya balik semula.

    Bagaimanapun, Kak KM enggan menyatakan jumlah sebenar bayaran penalti tersebut.

    Saya tak boleh kongsikan jumlah yang tepat kerana ada info yang perlu dirahsiakan. Saya hanya boleh katakan, maksimum yang perlu dibayar adalah RM50,000.

    Kak KM berkata demikian ketika ditemui pada sidang media cawangan terbaharu Kopi Saigon milik pelakon Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz yang berlangsung di MyTown, Cheras pada Rabu.

    Dakwaan netizen

    Dalam masa yang sama, anak kepada aktres Normah Damanhuri tersebut menegaskan bahawa Nabila tidak diberhentikan kerja seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

    Kalau nak kata anak saya tak lepas sesi temuduga, maka dia tidak akan diberi tiket, hotel, makanan dan jadual ketika di sana. Setahu saya, kalau ada yang tidak terpilih mereka akan terus ditolak semasa sesi pemilihan di Kuala Lumpur lagi.

    Kalau anak saya kena reject takkan kami nak kena bayar penalti itu pula? Kenapa ramai yang bengang dan tak puas hati?

    Tambah Kak KM lagi, sebagai seorang ibu dia juga kurang senang melihat Nabila yang didakwa mendapat layanan kurang baik ketika di sana.

    Anak saya boleh sahaja untuk kerja dengan orang tapi dia sudah berusia 22 tahun, jadi kena cakap elok-elok dengan dia dan profesional sahaja.

    Memang saya yang salah minta dia berhenti kerja sebab saya tak sanggup dan bagi saya anak saya bukan untuk diperlekehkan.

    Sementara itu, ibu kepada empat orang cahaya mata itu juga memaklumkan bahawa isu tersebut sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada Nabila.

    Anak saya bukanlah sekuat saya, bila kena kecam pastinya dia akan rasa sedih. Tetapi saya ada menasihatinya.

    Layak atau tidak, sekali temuduga sahaja Nabila terus dapat, itu rezeki dia.

    Terdahulu, Nabila memaklumkan sudah meletakkan jawatan sekaligus berhenti daripada menjalani latihan sebagai pramugari di Singapura.

    MENARIK:  Penyanyi Didakwa B*nuh Remaja 14 Tahun, M*yat Reput Ditemui Dalam Bonet Kereta

    Nabila menerusi hantaran di Instagram Story memberitahu dia tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat mengenai pekerjaannya berikutan terikat dengan polisi syarikat penerbangan tersebut.

    The post [VIDEO] ‘Kalau Betul Anak Saya Kena Reject, Takkan Kami Bayar Penalti Pula?’ – Kak KM first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah