
Kakak kepada pemandu kereta Jazz yang terlibat dalam satu kemalangan maut di Senawang, Negeri Sembilan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran di TikTok.
Artikel Berkaitan: Guru Al-Quran Maut Kemalangan, Saksi Dedah Jenazah Bersih Tanpa Darah – ‘Hentaman Sangat Kuat Tapi Hanya Luka Di Dagu’
Kakak mohon maaf
Menerusi perkongsian yang dibuat, gadis yang bernama Nur Athirah Najwa itu membuat permohonan maaf kepada keluarga mangsa yang terlibat serta rakyat Malaysia atas kenyataan yang dikeluarkannya berhubung kemalangan itu, baru-baru ini.
Athirah turut mengakui kenyataan dan komen yang dikeluarkannya itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Assalamualaikum, saya Nur Athirah Najwa, kakak kepada pelaku yang terlibat dalam kemalangan di Senawang.
Saya ingin memohon maaf kepada pihak keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia atas posting dan komen yang keterlaluan sehingga membuat semua marah.
Saya sedar saya telah muat naik posting dan komen tersebut dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal.
Terdahulu, Athirah menimbulkan kemarahan ramai pihak selepas memuat naik beberapa kenyataan yang seolah-olah mempertahankan adiknya susulan kemalangan yang berlaku.
Pada Khamis lalu, tular satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) melibatkan satu kemalangan jalan raya yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Persiaran Senawang 1.
Kejadian tersebut telah menyebabkan dua individu cedera parah manakala dua beradik lelaki yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss iaitu Muhammad Aidil Ramdan Abdullah dan pemboncengnya, Muhammad Aswari Lotpi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Susulan kejadian itu, polis mengesahkan pemandu kereta Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat yang telah mengakibatkan kemalangan maut itu tidak mempunyai lesen memandu.
Sumber: TikTok, Harian Metro
The post [VIDEO] Kakak Pemandu Jazz Mohon Maaf, Akui Cetus Amarah Ramai Pihak – ‘Posting & Komen Dibuat Dalam Emosi’ first appeared on OHBULAN!.





