32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Anak Yang Hebat Lahir Dari Didikan Ibu Bapa Yang Hebat’

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Mek Yun meraih perhatian apabila perkongsian mengenai bapanya pada Hari Bapa tular.

    Artikel Berkaitan: Mek Yun Gembira, Sebak ‘Lepaskan’ Abe Wee 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mek Yun Cuba Puasa Penuh Dengan Keluarga, Netizen Doa Dapat Hidayah – ‘Tahniah, Semoga Allah Beri Hidayah’

    Bapa tentera

    Menerusi muat naik gambar di Instagram, pemilik nama Wee Yun Nee memberikan ucapan istimewa kepada bapanya yang merupakan Mantan Panglima Briged Artileri Roket Malaysia iaitu Brigedier Jeneral Datuk Wee Han Siew.

    Macam mana Mekyun boleh jadi diri Mekyun hari ini? Jawapannya mudah. Sebabkan Pok (ayah).

    Seorang ayah, seorang pemimpin dan seorang wira.

    Pok seorang yang tegas tapi penuh kasih. Dari kecil, Pok ajar kami tentang disiplin, hormat dan keberanian.

    Nilai-nilai yang kekal dalam hati sampai hari ni.

    Kami bukan sahaja belajar kepimpinan dan keberanian daripadanya tetapi Pok memimpin dengan menunjukkan contoh dan kami ikut.

    Jelas Mekyun, bapanya sentiasa mengutamakan keluarga walaupun menggalas tanggungjawab yang besar dalam kerjanya.

    MENARIK:  Ramona Zamzam ‘Tepek’ Selebriti ‘Dan Dan Post’ – ‘Yang Korang Kisah Adalah Duit & Populariti’

    Tidak dilupakan, ibunya yang sentiasa memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terhadap suami dan keluarganya.

    Didikan dan kasih dua insan ini, itulah yang bentuk siapa Mekyun hari ini.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap Mekyun dan memujinya kerana menjadi salah seorang pempengaruh yang sentiasa berkongsi perkara bermanfaat kepada orang ramai.

    Tidak hanya itu, warganet turut menyatakan didikan keluarganya berhasil membentuknya menjadi insan yang berguna.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Anak Yang Hebat Lahir Dari Didikan Ibu Bapa Yang Hebat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah