25.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Justice For Zara’: Ustaz Azhar Idrus Tegaskan Umat Islam Perlu Ambil Peduli Isu Saudara Seagama

    Shopee Sale

    Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus memberi pandangan berhubung gerakan solidariti ‘Justice For Zara’ berikutan kematian seorang remaja perempuan, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

    Artikel Berkaitan: Video Arwah Zara Qairina Kongsi Kebaikan Tinggal Di Asrama Tular, Netizen Luah Rasa Hiba

    MENARIK:  Isteri Naz Rahman Berang Dengan ‘Geng’ Remaja Lelaki, Didakwa Kurang Ajar Dengan Ibu Selepas Ditegur Masuk Koc Wanita

    Artikel Berkaitan: Kes Zara Qairina: ‘Pengetua, Penolong Kanan HEM & Warden Dipindah Sementara’ – KPM

    Bantu sesama Islam

    " data-video-id="7538450307974483218" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @filemchanel

    zara qairina Ustaz Azhar Idrus #justiceforzara

    ♬ JUSTICE4ZARAQAIRINA – .•♫•♬• ꋊ꒤ꋪꋬꏂꋊ •♬•♫•.

    Menurut Ustaz Azhar, sebagai umat Islam, kita haruslah menghulurkan bantuan kepada saudara seagama yang sedang berdepan dengan masalah selain mendoakan mereka.

    Siapa sahaja umat Islam yang berada di dalam kesusahan, teraniaya, dizalimi atau ditimpa musibah, kita kena ambil tahu.

    Sekurang-kurangnya kita doakan untuk mereka.

    Kalau mereka perlukan pertolongan, kita berikan walaupun daripada jauh. Kalau mereka perlukan harta kita beri.

    Perlu cakna

    Mengulas lanjut, Ustaz Azhar menegaskan bahawa setiap umat Islam perlu peka dengan isu semasa terutama yang melibatkan masyarakat.

    Sebab tanda orang Islam itu benar, dia akan ambil cakna apa yang berlaku pada umat Islam yang lain.

    ‘Orang yang tidak mahu ambil tahu tentang umat Islam yang lain, dia bukan dalam kalangan orang Islam.’

    Untuk info, pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui pada kira-kira jam 3 dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

    Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia di hospital keesokan harinya dengan laporan awal mengatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

    Pada 31 Julai lalu, polis telah merakam keterangan 60 saksi berhubung kes kematian Zara Qairina termasuk tiga individu dengan nama ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’ iaitu antara nama disebut mempunyai kaitan dengan kes kematiannya.

    Pada 9 Ogos lalu, kubur Zara Qairina digali semula atas arahan Jabatan Peguam Negara bagi membolehkan prosedur bedah siasat dilakukan terhadap jasad remaja berusia 13 tahun berkenaan.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Justice For Zara’: Ustaz Azhar Idrus Tegaskan Umat Islam Perlu Ambil Peduli Isu Saudara Seagama first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah