24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Jatuhnya Air Mata Seorang Matin, Dia Mula Faham Rindu’ – Shuib Kongsi Momen Sayu Anak Menangis Ketika Ziarah Pusara Siti Sarah

    Shopee Sale



    Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu, berkongsi momen menyentuh hati ketika dia bersama anak-anak menziarahi pusara isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

    Matin menangis depan kubur arwah

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad, 41, meluahkan rasa syukur dapat meluangkan masa bersama anak-anak di pusara arwah.

    Macam biasa sedekahkan Al Fatihah, bersihkan kubur sambil berborak-borak dengan si Dia. Bercerita tentang perkembangan baru anak-anak, cerita kehidupan dunia pada Dia.

    Namun, apa yang lebih menyentuh hati adalah momen penuh emosi apabila anak ketiganya, Ariq Matin yang tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi pusara ibunya.

    Menurut Shuib, Matin adalah anak yang paling jarang menangis, sesuai dengan namanya yang membawa maksud ‘kuat’. Namun, dalam kunjungan kali ini, anak kecil itu akhirnya tidak dapat menyembunyikan rasa rindunya terhadap ibu tercinta.

    Semalam (Ahad) tiba-tiba jatuhnya air mata seorang Matin, mungkin bila dia dah makin besar, dia dah mula dan makin faham tentang “Rindu”. Dulu Ibunya pergi di saat dia usia 6 tahun, masa tu dialah bongsu, anak paling manja.

    Tak boleh jauh dengan Ibu, selalu berkepit dengan Ibu, tidur berpeluk dengan Ibu sampai macam nak termasuk dalam perut Ibu. Anak yang tak pernah kena bantai dengan Ibu. Anak terpaling manja dengan Ibu.Sekarang bila usianya 10 tahun, dia mula faham tentang banyak perkara.

    Setelah lama daddynya tak menangis, jatuh jugalah air mata ini berjurai-jurai sebab ada yang mulakan. InsyaAllah, harap Ibu juga ada di saat kami menangis semalam.

    Shuib turut menitipkan doa buat arwah isterinya serta berharap roh Siti Sarah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

    MENARIK:  [VIDEO] Ina Naim Dedah Anak Kedua Pada Awalnya Tak Setuju Untuk Kahwin Baru – ‘Kata Nak Hidup Sama-Sama Dengan Ayah Di Taman Syurga?’

    Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelawak popular Shuib pada 2011.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,  Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

    Pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan anak bongsunya ketika kandungan berusia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

    Shuib kemudian mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun tahun lalu di Putra Glass Heights.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah