28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ina Naim Dedah Anak Kedua Pada Awalnya Tak Setuju Untuk Kahwin Baru – ‘Kata Nak Hidup Sama-Sama Dengan Ayah Di Taman Syurga?’

    Shopee Sale



    Penyanyi, Ina Naim mendedahkan anak keduanya iaitu Salman sukar untuk menyokong hasratnya untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua selepas kematian suami tercinta, Suhaimi Saad.

    Susah pujuk anak untuk setuju

    Menerusi wawancara bersama segmen Kerusi DJ Nazz yang dikendali stesen radio Molek FM, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim berkata agak sukar untuk mendapat persetujuan sehingga perlu memujuk Salman agar bersetuju.

    Pada awalnya, mereka (anak-anak) masih lagi kekal dengan ayah pertama mereka.

    Memang susah (nak minta izin) terutama sekali anak saya yang nombor dua.

    Kemudian, anak-anak yang lain pujuk sampailah sebelum nak bertunang, saya kata, ‘Macam mana Salman? Tak baik sekat ibu’.

    Sehinggalah satu hari, Ina mengambil keputusan untuk bertanyakan mengapa Salman tidak mahu dirinya berkahwin buat kali kedua.

    Selepas bertanyakan apa yang terbuku di hati, Ina memaklumkan dia begitu terkesan mendengar jawapan yang diberikan Salman.

    Kami lima beranak pun bersalaman dalam satu bilik dan saya minta sebab dari Salman kenapa dia tak nak saya kahwin.

    Di antara sebab yang saya tersentuh sangat itu bila Salman cakap, ‘Kata nak hidup dengan ayah di sana (taman syurga) sama-sama? Kita kan dah janji? Kita kan dah janji nak jumpa di perigi syurga sama-sama?’

    Waktu itu memang saya terdiam, tak berkata apa-apa.

    Sekadar info, Ina mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Khairul pada 9 November tahun lalu selepas pemergian suami, Suhaimi Saad pada 15 November 2023.

    MENARIK:  Makhluk Halus Merampas Pakaian Dalam Menantu dan Menjejaskan dengan Tompokan Air M**i, Kata Mak Mentua

    Untuk rekod, Ina dan Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Inteam mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2007 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

    Video

    " data-video-id="7485201393389735176">
    @molekfm Bila anak @INA SUHAIMI berkata kata kito hok dengar pun sebok sekok sek awok weh!! Apa apa pun kita doakan yang terbaik untuk Ina Naim sekeluarga deh ? Terus strim Molek FM stesen radio kenaikan terpantas di Malaysia, Gu Pantai Timur #MolekFM #MolekPagi #KerusiDJNazz #DJNazzQila #GuPantaiTimur #PantaiTimur ? original sound – Molek FM

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah