32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Janna Nick Akui Silap, Tiada Niat Hina Fazura – ‘Saya Faham Sebab Saya Pun Dari Broken Family’

    Shopee Sale



    Pelakon dan hos, Janna Nick tampil menjelaskan isu yang hangat diperkatakan di media sosial mengenai sesi temu bualnya bersama pelakon Fattah Amin sehingga Janna disifatkan tidak menghormati kaum wanita.

    ‘Perempuan gila’

    " data-video-id="7503490212568370439">
    @jannanickofficial Replying to @fiq ? original sound – jannanick95

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Janna atau nama lengkap Nurul Jannah Muner, 30, memaklumkan bahawa dia tidak berniat untuk menggelar Fazura seorang wanita tidak waras.

    Ujarnya, soalan yang diajukan merujuk kepada situasi umum yang dirasai kaum lelaki selepas berpisah atau bercerai dengan isteri mereka.

    Isu ini tak sepatutnya dijadikan isu pun.

    Kalau awak tak suka seseorang, awak janganlah pilih kasih.

    Yang gila itu saya.

    Untuk yang tak faham dan cakap saya hina perempuan, saya ini datang dari broken family.

    Mak saya pun wanita yang diceraikan. Jadi, saya sangat faham perasaan wanita yang sudah berpisah.

    Soalan itu bukan untuk tujuan menghina sesiapa. Saya tanya sebab saya betul-betul ikhlas nak tahu bagi pihak lelaki yang telah bercerai.

    Sebab ada sesetengah lelaki yang lepas tangan bila sudah berpisah.

    Bagaimanapun, Janna mohon maaf jika soalannya menimbulkan rasa kurang senang pada mana-mana pihak.

    MENARIK:  Jual Mangga Jadi Persoalan, Fasha Sandha Tenang Beri Jawapan – ‘Biar Perniagaan Kecil Tapi Halal’

    Imbas kembali, Janna menerima kritikan daripada warganet apabila dikatakan soalan yang diaju kepada pelakon Fattah Amin kurang sesuai.

    Selain itu, Janna juga dikecam apabila memberi gelaran ‘perempuan gila’ pada bekas isteri Fattah Amin yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Fazura.

    Walau bagaimanapun, warganet tetap memuji respon Fattah yang kelihatan tenang untuk menjawab soalan tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah