Seorang suami diuji apabila isterinya mengalami komplikasi serius sejurus melahirkan bayi sulung mereka setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik, Suami Sanggup Derma Organ – ‘Saya Nak Dia Bahagia & Hidup Tanpa Mesin’
Artikel Berkaitan: Peniaga Air Hidap Penyakit Buah Pinggang Tahap 5 Jaga Isteri Strok – ‘Rumah Tak Ada Lif, Saya Dukung Dia Naik Tingkat 4’
Pengorbanan seorang isteri
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, mangsa yang dikenali sebagai Noor Imani difahamkan sihat sepanjang kehamilannya.
Namun, proses melahirkan menyebabkan Imani kini terlantar susulan hentian jantung serta pendarahan yang teruk.
Sebuah keluarga diuji dengan ujian berat.
Bulan 2 tahun lepas mereka kahwin dan menanti dengan penuh harapan kelahiran cahaya mata pertama.
Noor Imani, seorang wanita yang sihat sepanjang kehamilannya namun diuji oleh Allah. Imani mengalami komplikasi serius iaitu embolisme cecair amnion yang menyebabkan hentian jantung dan pendarahan teruk.
Doktor terpaksa buat CPR selama 8 minit untuk selamatkan nyawanya.
Difahamkan, suami kepada Imani merupakan seorang penjual burger di tepi jalan namun kini perlu memikul tanggungjawab menguruskan isteri dan anak yang baru lahir.
Alhamdulillah anak selamat namun Imani terlantar dan memerlukan rawatan rapi dan rehalibitasi jangka panjang.
Suaminya hanya seorang penjual burger di tepi jalan, kini memikul tanggungjawab besar menjaga isteri yang terlantar dan anak yang baru lahir.
Sumber: TikTok @Afiqvic
The post [VIDEO] Isteri Terlantar Selepas Bersalin Anak Sulung, Suami Penjual Burger Tepi Jalan first appeared on OHBULAN!.





