28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Individu Tegur Majlis Perkahwinan Orang Islam Ikut Budaya Barat – ‘Kenapa Tiada Yang Tegur?’

    Shopee Sale



    Seorang individu meluahkan rasa kecewa dengan majlis perkahwinan yang dijalankan oleh orang Islam hari ini yang lebih kepada mengundang kemurkaan Allah daripada keredaan.

    Orang islam kahwin macam budaya barat

    " data-video-id="7503369339161136392">
    @rukun_islam_5 Kenapa perkahwinan orang islam hari ini tak macam kehidupan orang islam? #fyp #fyp??viral #viral #fypp #foryou #foryourpage #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #creatorsearchinsights ? Very Sad – Enchan

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu terbabit tampil bersuara selepas melihat banyak majlis perkahwinan kini diadakan dengan budaya barat.

    Tambahnya, suami tidak menjalankan tanggungjawab sehingga membenarkan isteri diperlihat secara umum dengan mengenakan pakaian yang ketat.

    Hari ini kalau kita tengok, kita sudah jauh daripada kehidupan Nabi Muhammad SAW.

    Perkahwinan adalah salah satu cara untuk mendapat reda Allah. Tapi kalau kita tengok selebriti, perkahwinan mereka seperti orang kafir.

    Betapa jahilnya suami atau bakal suami yang mempertontonkan pasangan mereka kepada umum.

    Ini bukan cara islam. Hari ini majlis perkahwinan seperti orang kafir.

    Cara orang islam, kita tiada pun pelamin. Tidak memperdagangkan isteri untuk dilihat umum.

    Kalau majlis kahwin kita pun Allah tak reda, macam mana kita nak dapatkan keredaan Allah dengan kehidupan kita?

    Dalam pada itu, individu terbabit mengajak orang ramai mendalami ilmu agama agar kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan dengan cara Nabi Muhammad SAW.

    MENARIK:  Marsha Dedah Ibu Pernah Tak Restu Jadi Penyanyi & Terima Bayaran Hanya RM570 – ‘Saya Terpaksa Pinjam Wang Dekat Adik Beradik’

    Sedih lihat orang islam kini

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dengan ilmu orang Islam yang dianggap cetek sehingga melakukan maksiat secara terang-terangan di majlis yang penuh barakah. Selain itu, warganet turut berterima kasih kepada individu terbabit kerana berani untuk bersuara.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah