Personaliti media sosial dan usahawan, Siti Jamumall baru-baru ini melangsungkan majlis akikah buat anak bongsunya iaitu Siti Nur Ratna.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Sebak DSV Hadiahkan Dua Utas Gelang Emas Untuk Anak – ‘MasyaAllah Rezeki Adik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Tanggung Segala Kos Bersalin, Siti Jamumall Menangis Sebak
Netizen pertikai
Bagaimanapun, terdapat individu yang mempersoal tentang kehadiran bekas suami Siti yang juga pempengaruh, Aiman Tak Kesah berikutan kelibatnya didakwa tidak kelihatan.
Aiman mesti sedih tak dijemput.
Seburuk apa pun dia tetap ayah kepada bayi tu, tak boleh dipisahkan.
Tidak berdiam diri, pemilik nama Siti Suriani Wahidin itu mempertahankan dirinya dan menjelaskan bahawa dia menjemput Aiman ke majlis tersebut.
Adalah..kita jemput, semua orang kita jemput.
Yang pernah jadi musuh kita pun kita jemput.
Saya tak ada masalah, tambah-tambah lagi dia, lagilah kena jemput.
Siasat dahulu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyelar kenyataan individu tersebut kerana membuat dakwaan melulu terhadap Siti.
Sebelum ini, Siti telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 12 September lalu.
Terdahulu, Siti dan Aiman sah bercerai dengan talak bain kubra (talak tiga) selepas lafaz cerai kali ketiga ketika siaran langsung di TikTok.
Aiman menceraikan Siti dengan talak pertama pada 17 Mac. Pada 15 Mei, dia melafazkan cerai lagi ketika siaran langsung di TikTok termasuk lafaz ketiga beberapa minit kemudian.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Jun tahun lalu di Satun, Thailand.
Ini merupakan perkahwinan kedua Siti yang sebelum ini pernah berkahwin selama empat tahun dan dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, berusia lima tahun dan Putra Aiman Zafran, tiga tahun.
Sumber: Siti Jamumall
The post [VIDEO] Individu Dakwa Siti Jamumall Tak Jemput Aiman Tak Kesah Ke Majlis Akikah Anak, Ini Respon Tuan Badan first appeared on OHBULAN!.





