27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Han, Yuki..Mama Ni’ – Cik Epal Jerit Depan Rumah Jofliam Panggil Anak-Anak, Dakwa Dah 3 Bulan Dihalang Berjumpa?

    Shopee Sale



    Personaliti media sosial, Cik Epal berkongsi momen ketika dia datang ke rumah bekas meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihalang daripada bertemu dengan anak-anaknya, Han dan Yuki, ketika datang ke rumah bekas suaminya, Jofliam.  

    ‘Dah 3 bulan aku tak jumpa anak-anak’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Cik Epal ? (@cikepal06)

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Cik Epal atau nama lengkapnya Murni Mahmud meluahkan kerinduan terhadap anak-anaknya kerana sudah tiga bulan tidak berpeluang untuk bertemu mereka.  

    Dah 3 bulan aku tak jumpa anak-anak aku. Aku rindu sangat-sangat dekat depa. 

    Han dan Yuki tak ada kaitan langsung dengan Jakel. Apa masalah dia susah sangat nak bagi Han dan Yuki dekat aku?

    Menurut Cik Epal, sebelum ini dia diminta oleh bekas suaminya untuk datang sendiri mengambil anak-anak dan perlu membawa pihak polis dan peguam. Namun, apabila kembali, dia masih tidak dibenarkan berjumpa dengan kedua-dua anaknya itu.

    Hari ni aku datang lagi nak ambil anak-anak aku!! Kau dah pisahkan aku, ibu kandung Han dan Yuki, dah berbulan-bulan. Kau memang kejam dan zalim!

    Polis suruh bawak anak turun dia tak nak. Sekarang ni memang tak ada cara ke? Patut kena tangkap lah dia ni.

    Lebih menyedihkan, apabila Cik Epal cuba menghubungi anaknya melalui panggilan telefon, namun tidak mendapat sebarang jawapan.

    Aku call Han pun tiba-tiba Han tak angkat. Aku jerit-jerit panggil nama Han dan Yuki tapi depa tak turun. Logik ke?

    Dalam perkongsian lain, Cik Epal mendakwa bahawa hak penjagaan anak-anak telah diberikan kepadanya sejak dulu, namun dia tetap membenarkan bekas suaminya mengambil mereka tanpa sebarang syarat.

    Hak penjagaan Hadhanah dapat dekat aku dari dulu. Masa giliran dia aku bagi tanpa syarat. Giliran aku kenapa peram anak sampai berbulan-bulan tak bagi aku?

    Raya tahun 2025 ni pun sepatutnya Han dan Yuki raya dengan aku.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Cik Epal ? (@cikepal06)

    MENARIK:  Mata Berkedip & Mulut Tak Boleh Buka Besar, Anak Zarina Zainuddin Hidap Bell’s Palsy

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah