25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Guru Matematik Viral, Sir Race Lancar Lagu ‘Bah Selamat Hari Raya’..Alyssa Dezek Muncul Cameo Dalam MV

    Shopee Sale

    Guru Matematik yang sering menyorot perhatian ramai di media sosial, Sir Race tampil melancarkan sebuah lagu bersempena Syawal yang bakal tiba.

    Artikel Berkaitan: Sentuhan Mandarin & Rap Moden, Diana Danielle & Francis Roman Tanya ‘Raya Macam Mana?’

    Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Kongsi Pandangan Lagu Raya Sekarang – ‘Yang Tak Feel Kita Cari Lagu Lain, Muzik Terlalu Universal’

    Lagu raya

    Istimewa Aidilfitri ini, Sir Race melancarkan lagu berjudul ‘Bah Selamat Hari Raya’ yang menggabungkan elemen tradisional dan pop moden dengan pengaruh gaya K-Pop, sekaligus memberikan nafas segar kepada karya bertemakan Hari Raya.

    Perkataan ikonik ‘Bah’ yang sinonim dengan masyarakat Sabah telah memberikan suntikan berlainan dan mengetengahkan identiti negeri tersebut.

    Menurut Sir Race, idea penghasilan lagu itu tercetus apabila dia menyedari tidak ramai artis dari Negeri Di Bawah Bayu tersebut menghasilkan lagu raya.

    Saya perasan tidak ramai artis dari Sabah yang menghasilkan lagu raya yang menonjolkan identiti negeri kami.

    Jadi saya ambil inisiatif untuk menghasilkan sebuah lagu yang ceria, moden dan pada masa sama mengekalkan elemen Sabahan seperti penggunaan perkataan ‘Bah’ yang cukup dekat dengan masyarakat di sana.

    Hari raya ceria

    View this post on Instagram

    A post shared by Sir Race PTTI (@sir.race)

    Selain itu, konsep bagi lagu ‘Bah Selamat Hari Raya’ ini juga menampilkan muzik yang ceria dan pastinya mudah untuk diingati oleh setiap lapisan masyarakat.

    MENARIK:  [VIDEO] Henry Moodie ‘Jatuh Cinta’ Dengan Peminat Malaysia, Cadang Buat Konsert Di Kuala Lumpur

    Muzik video lagu ini juga menggambarkan suasana Aidilfitri yang meriah, penuh warna-warni serta sarat dengan elemen kekeluargaan. Lebih menarik, ia turut menampilkan kemunculan istimewa penyanyi dan pelakon muda, Alyssa Dezek sebagai cameo.

    Dalam masa sama, tarian yang dipersembahkan juga dilihat berpotensi menjadi trending atau challenge di media sosial seperti di platform TikTok.

    Sementara itu, Sir Race turut mendedikasikan lagu ini kepada para pelajarnya serta ibu bapa yang sentiasa menyokong program pendidikan di bawah PTTI Group.

    Lagu ini saya dedikasikan khas buat semua pelajar saya dari Tingkatan satu hingga lima, serta komuniti pelajar dan ibu bapa yang sentiasa menyokong PTTI selama ini.

    Saya harap lagu ini dapat menggembirakan mereka selepas melalui perjalanan akademik yang mencabar sepanjang tahun.

    Bagi mengeratkan lagi semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat di Malaysia ini, Sir Race berharap agar lagu itu menjadi antara lagu yang menceriakan sambutan Aidilfitri tahun ini.

    Untuk info, lagu ‘Bah Selamat Hari Raya’ dilancarkan secara rasmi pada 13 Mac ini dan boleh didengari di semua platform penstriman digital termasuk Spotify.

    Video muzik rasmi lagu ‘Bah Selamat Hari Raya’ boleh ditonton di saluran Youtube Sony Music Malaysia Vevo.

    The post [VIDEO] Guru Matematik Viral, Sir Race Lancar Lagu ‘Bah Selamat Hari Raya’..Alyssa Dezek Muncul Cameo Dalam MV first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah