Pelakon, Uqasha Senrose menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyatakan adik iparnya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid membeli gelaran Datuk.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Tepis Dakwaan Ke Mahkamah Syariah, Hubungan Dengan Isteri Dalam Keadaan Baik – ‘Mustahil Saya Sampai Ke Tahap Itu’
Artikel Berkaitan: Kamal & Uqasha Buktikan Hubungan Dalam Keadaan Baik, Buat ‘Live’ TikTok Bersama
Ahli perniagaan

Ketika ditemui , pemilik nama Nik Zaris Nik Sen, 33, berkata adik iparnya merupakan seorang ahli perniagaan yang banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat
Sebenarnya yang dapat gelaran Datuk itu suami dia jadi secara tidak langsung dia jadi Datin.
Bila saya baca di media sosial, ramai yang beri tuduhan ada yang kata gelaran itu dibeli. Apa yang saya boleh cakap, suami dia memang seorang ahli perniagaan.
Adik ipar saya juga berdarah kerabat Terengganu. Selain itu, dia juga terlibat dengan projek pembangunan dan perumahan.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media tayangan filem Munajjim Sekutu Iblis di KLCC pada Isnin.
Ketika ditanya mengenai perasaan Uqasha tentang perkhabaran itu, isteri kepada pelakon, Kamal Adli berkata dia berbangga dengan pencapaian Nelydia.
Banggalah jadi Datin.
Sebelum ini, Mohd Hafez dikurniakan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan.
The post VIDEO] ‘Gelaran Datuk Bukan Beli, Adik Ipar Seorang Ahli Perniagaan’ – Uqasha Senrose first appeared on OHBULAN!.





