34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Gabungan Dua Negara, Nidji X Bunkface Berjaya Pukau Ribuan Penonton

    Shopee Sale

    Konsert gabungan dua kumpulan besar serantau, Nidji X Bunkface, baru-baru ini telah berjaya menggegarkan ruang Zepp Kuala Lumpur, pada Ahad.

    Nidji X Bunkface

    " data-video-id="7586314978911603989" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    16 tahun dah lagu ni tapi energy tetap padu! # #nidjixbunkface

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Persembahan bertenaga yang berlangsung selama hampir tiga jam ini bukan sahaja menonjolkan kehebatan vokal kedua-dua kumpulan, malah turut didorong oleh kualiti produksi yang sangat memuaskan.

    Bukan itu sahaja, penataan cahaya yang dinamik berjaya menghidupkan suasana di dalam dewan.

    Persembahan bermula tepat jam 8.35 malam apabila Bunkface muncul di pentas sebagai pembuka tirai dengan lagu Malam Ini Kita Punya. 

    Bunkface mendendangkan 13 buah lagu popular termasuk Prom Queen, Extravaganza, Darah Muda, Panik, Situasi dan banyak lagi. Persembahan penutup menyaksikan Bunkface bersama-sama peminat mendendangkan lagu Revolusi. 

    Lebih menarik apabila dua penonton terpilih diberi peluang untuk naik ke pentas membuat persembahan bersama Bunkface. 

    Sam selaku vokalis berkongsi rasa terharu apabila melihat sokongan peminat walaupun mereka sudah 20 tahun berada dalam industri.

    Nidji beraksi!

    " data-video-id="7586339614189686037" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    ‘Hapus Aku’ penutup konsert Nidji X Bunkface 😍 # #nidjixbunkface

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Suasana konsert diteruskan lagi dengan kemunculan kumpulan dari Indonesia iaitu Nidji. Diketuai oleh Ubay, mereka memulakan set persembahan dengan lagu Laskar Pelangi yang mencetuskan suasana sing-along oleh penonton yang hadir. 

    Penonton terus dihiburkan dengan rangkaian lagu hit lain seperti Manusia Sempurna, Bila Aku Jatuh Cinta, Shadows, Zayang-Zayang, Wadoow dan banyak lagi.

    Nidji kemudian menutup tirai konsert lagu Sumpah Dan Cinta Matiku serta Hapus Aku. 

    Setiap persembahan diiringi visual skrin latar yang sangat menarik.

    Secara keseluruhannya, konsert ini berjaya meninggalkan momen bermakna kepada semua penonton yang hadir kerana gabungan muzik serta kualiti teknikal yang mantap.

    The post [VIDEO] Gabungan Dua Negara, Nidji X Bunkface Berjaya Pukau Ribuan Penonton first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah