
Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan Fila Amir dan suami, Muhammad Adama Camara mengumumkan berita gembira mereka akhirnya bakal menimang cahaya mata selepas beberapa kali melakukan rawatan kesuburan pensenyawaan in-vitro (IVF) dalam tempoh lima tahun.
Reaksi Adama bila tahu isteri hamil

Selepas daripada pengumuman tersebut, Fila mengimbau kembali momen dan reaksi suaminya ketika pertama kali dia memberitahu tentang kehamilannya itu.
Menurut Fila, pada awalnya mereka sudah melihat degupan jantung bayi tetapi suaminya itu seakan sukar untuk mempercayainya kerana tidak mahu terlalu menaruh harapan. Disebabkan itu, Adama telah pergi ke sebuah farmasi untuk membeli kit ujian kehamilan buat isterinya itu.
Masa ni dah tengok degupan jantung baby, tapi masa tengok tu reaksi dia sangatlah normal macam tak ada reaction. Bila balik, dia nak pergi juga beli kit ujian kehamilan, jadi Fila pun okay.
Balik-balik dah guna, naik lah dua garis tu tapi tak ada kertas arahan apa pun. Jadi kami tak faham apa maksud dua garis tu. Fila pun google, oh positif. Tapi tak terkejut lah sebab dah check degupan jantung dah pun tapi dia nak pastikan juga.
Suami tak percaya, bawa kit pergi farmasi
Walaupun hasil carian di Internet sudah mengesahkan bahawa Fila kini berbadan dua, tetapi Adama masih meragui keputusan tersebut.
Untuk memastikan keputusan itu betul, Adama bertindak pergi semula ke farmasi untuk membeli kit ujian kehamilan yang lain.
Dia anggup pergi farmasi tu balik, tu pun dia tak puas hati dengan ujian kehamilan tu. Dia beli lagi satu yang putih biru orang selalu guna tu. Ahli farmasi tu pun cakap dekat dia ni dah positif, dah confirm tu.
Tapi dia nak beli juga lagi satu. Esoknya pagi lepas subuh, dia suruh guna yang ujian kehamilan baru beli tu.
Sehinggalah pada keesokan harinya, Adama sekali lagi meminta Fila menggunakan kit ujian kehamilan yang baru dibelinya dan keputusannya menunjukkan garis dua, iaitu mereka sah bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan sebak melihat pasangan ini yang akhirnya bakal dikurniakan rezeki menimang zuriat setelah sekian lama menanti.





