26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasangan Pempengaruh Diarah Lapor Diri Di SPRM Sebulan Sekali, Bebas Dengan Ikat Jamin RM100k Seorang

    Shopee Sale



    Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma dibebaskan pada petang Selasa.

    Ikat jamin RM100,000 seorang

    Menerusi ciapan yang dibuat Mohd Redzuan Abdul Manap di aplikasi X, pasangan pempengaruh berkenaan serta dua lagi individu lain dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang.

    Bukan itu sahaja, mereka berempat juga perlu melapor diri ke pejabat SPRM sebulan sekali sehingga siasatan mengenai kes dakwaan melibatkan mereka berdua selesai.

    Terdahulu, pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik itu ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengenai salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

    Perintah tahanan reman yang bermula pada 11 hingga 14 Julai itu dikeluarkan Hakim Majistret Irza Zulaikha Rohainuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya.

    MENARIK:  Syarikat Bina Rembayung Tepis Dakwaan Banjir Disebabkan Air Masuk Melalui Cermin

    Mereka kemudiannya diperintahkan untuk sambung reman selama tiga hari sehingga 16 julai selepas permohonan dibuat SPRM.

    Menurut peguam yang mewakili pempengaruh berkenaan, Abd Rahim Ali, dua anak guamnya direman di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

    Sebelum ini, media melaporkan pasangan tersebut yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan SPRM.

    Tahanan itu dibuat atas dakwaan membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun difahamkan tidak disalurkan wang tersebut secara betul.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah