29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Tak Kecil Hati Dengan Individu Nak Boikot – ‘Saya Doakan Diberi Ketenangan’

    Shopee Sale

    Pelakon popular, Fattah Amin tidak memahami dengan tindakan segelintir pihak yang memboikot rakan artis hanya kerana menghadiri majlis perkahwinannya bersama isteri tercinta, penyanyi Amira Othman.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pilih Konsep ‘Natura Base’, Netizen Puji Seri Pengantin Amira Othman – ‘Sempurna, Tak Ada Cacat Cela’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Amira Othman Selalu Utamakan Suami, Minta Pendapat – Fattah Amin

    ‘Niat mahu hadiri majlis’

    Ketika ditemui , Fattah, 35, menjelaskan bahawa memenuhi undangan perkahwinan adalah satu usaha untuk merapatkan silaturrahim dan menjalin ukhuwah sesama insan.

    Saya tidak faham dengan benda itu. Niat mereka hanya nak menghadiri majlis kahwin, maksudnya mengeratkan silaturahim.

    Lepas itu tiba-tiba ada sesetengah pihak pula nak boikotlah, saya tak faham.

    Meskipun wujud pihak seperti itu, pemilik nama penuh Abdul Fattah Mohd Amin tetap mendoakan agar individu terlibat diberikan hidayah dan petunjuk yang baik.

    Apa yang boleh saya cakapkan, janganlah kita buat benda itu.

    Kita doakan orang yang nak buat boikot itu diberi hidayah ataupun petunjuk untuk dia ubahlah.

    Fattah memberi penjelasan tentang isu itu ketika ditemui semasa majlis minum petang The Garden Of Love Fattmira anjuran Usanita TV (UTV), pada Sabtu.

    ‘Doa mereka diberi petunjuk’

    Dalam pada itu, pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, menyatakan dirinya tidak terlalu terkesan dengan isu berkenaan, sebaliknya rakan-rakan selebriti yang menjadi sasaran boikot lebih merasai tekanan tersebut.

    Saya tidak begitu terkesan sebab tidak berlaku pada saya tetapi mangsa boikot itu.

    Jadi, saya doakan supaya orang yang nak boikot itu diberikan petunjuk dan hidayah untuk berubah.

    Sementara itu, Amira yang sependapat dengan Fattah turut menyatakan bahawa dirinya tidak berasa kecil hati atau marah, kerana setiap individu mempunyai pilihan dan pendirian tersendiri.

    Jadi anak seni kan, memang kita tak boleh tutuplah. Akan ada orang suka, ada orang tak suka. Tapi kami tidak mengambil hati, kecil hati atau marah.

    Saya yakin setiap individu ada pilihan masing-masing. Kalau nak memboikot itu, kami tidak nampak atas dasar apa dia ingin memboikot.

    Tapi tak apa lah. Saya dan Fattah pun nak hidup tenang-tenang. Kalau ada yang tak suka, kami doakan mudah-mudahan suka selepas ini.

    Sebelum ini, media sosial kecoh apabila terdapat segelintir netizen melakukan gerakan memboikot beberapa selebriti yang hadir ke majlis pernikahan Fattah dan Amira pada 14 September lalu di sebuah resort di Sepang.

    MENARIK:  Didakwa Culas Galas Tanggungjawab Sebagai Bapa, Hafidz Roshdi Jawab – ‘Anak-Anak Itu Tetap Berbinkan Saya Sebagai Bapa Mereka’

    Antara yang disebut mahu diboikot ialah Ernie Zakri, Anzalna dan Nabila Razali.

    Kemudian diikuti pelakon, Fasha Sandha selepas memuat naik gambar menghadiri majlis perkahwinan pasangan selebriti itu di Johor pada Sabtu lepas.

    The post [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Tak Kecil Hati Dengan Individu Nak Boikot – ‘Saya Doakan Diberi Ketenangan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah