26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Sedang Tunggu Hari Bahagia? Pengurus Minta Peminat Berdoa

    Shopee Sale



    Meskipun tidak pernah mengiyakan sebarang khabar angin, namun peminat-peminat Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman sudah tidak sabar lagi untuk melihat pasangan ini mempunyai hubungan yang sah.

    Respon pengurus Fattah

    " data-video-id="7500864636917533970" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @cute08628

    kredit live TT Sakirin Shak #doabaikbaik? #fikirbaikbaik #fattahamin #amiraothman #fyp #viral #tiktokviral #trending #fyppppppppppppppppppppppp

    ? bunyi asal – cute – cute

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pengurus kepada pelakon filem Mat Kilau yang dikenali sebagai Aca itu, dilihat sedang berinteraksi dengan pengikutnya di platform tersebut.

    Ketika disoal tentang perkahwinan Fattah dan Amira, Aca kemudian menjawab dengan ringkas.

    Doakan yang baik-baik.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja mendengar jawapan daripada Aca mengenai hubungan pasangan itu.

    MENARIK:  [VIDEO] Puteri Sarah Tak Tolak Kembali Bergelar Isteri, Mohon Doa Yang Baik-Baik

    Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan agar hubungan Fattah dan Amira dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin.

    Alhamdulillah Aca tak menidakkan.

    Kalau betul jodoh mereka, minta-minta ini jodoh yang terakhir. Semoga kekal hingga akhir hayat.

    Alhamdulillah kalau Aca cakap macam itu faham-faham sajalah. Tak sabar.

    Insya-Allah mungkin mereka sedang buat persiapan tu.

    Semoga dipermudahkan segala urusan Fattah dan Amira, ada jodoh tak ke mana dan akan sampai waktunya nanti.

    Terdahulu, sebuah berita melaporkan desas-desus berkenaan Fattah dan Amira yang sedang menunggu hari bahagia mereka tidak lama lagi.

    Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan daripada pihak Fattah dan Amira tentang perkara tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah