28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ernie Zakri Buat Pengakuan Sudah Lama Jadi Peminat Imran Bard – ‘Seluruh Keluarga & Suami Saya Tahu’

    Shopee Sale



    Ernie Zakri

    Penyanyi Ernie Zakri membuat pengakuan dia sebenarnya peminat kepada pempengaruh Imran Bard.

    ‘Saya nak confess…’

    Ernie Zakri

    Menerusi perkongsian di TikTok, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, berkata, seluruh keluarga termasuk suaminya tahu dia amat meminta pempengaruh asal Melaka itu.

    Kepada Imran Bard. Saya terserempak dengan dia dekat KLCC tadi (Rabu). Sebenarnya saya nak ‘confess’, saya memang peminat awak.

    Seluruh keluarga dan suami tahu, saya minat awak dan menggenari bakat awak.

    Saya sebelum ini pernah nampak awak tengah berjalan, saya nak kejar awak tapi waktu itu saya sedang makan tom yam.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Jangan Hilang Percaya ini berharap dia dapat merakam foto bersama Imran sekiranya berjumpa lagi pada masa akan datang.

    Awak tegur saya di KLCC, saya jadi kaku. Saya sebenarnya nak ambil gambar dengan awak. Tapi kenapa bila jumpa saya tak cakap nak ambil gambar?

    Tak terkeluar ayat dan telefon, apa yang mampu saya buat hanya jerit.

    Lepas ini kalau jumpa, tolonglah ingatkan saya untuk kita bergambar bersama. Semoga kita dapat berjumpa kembali.

    Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya berasa terhibur dengan pengakuan yang dibuat pemenang dua kali vokal terbaik AJL itu.

    MENARIK:  10 Menu Wajib Ada Setiap Kali Hari Raya: Lemang, Ketupat & Rendang

    Video

    " data-video-id="7405218495677369618">
    @erniezakri23 @Anaq Kiriman Heaven ? original sound – erniezakriez

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah