25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, August 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Simpan Bayi Dalam Besen, Sorok Dalam Almari Sampai Mati Kelemasan

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang wanita berusia 21 tahun ditahan polis selepas didakwa menyorok bayinya di dalam sebuah almari sehingga mati kelemasan.

    Sorok bayi dalam almari

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Tribunnews, suspek mengaku telah meletakkan bayinya di dalam besen sebelum menyembunyikannya di dalam almari. Suspek mengaku bertindak demikian kerana takut dan malu dengan kelahiran luar nikahnya itu.

    Menurut pegawai polis di Indonesia iaitu Ipda Futuhatul Laduniyah, suspek telah menyembunyikan kehamilannya selama sembilan bulan daripada keluarganya.

    Namun semuanya terbongkar selepas suspek memaklumkan kepada ibunya bahawa dia mengalami pendarahan. Suspek kemudian dikejarkan ke hospital dan keluarga dimaklumkan mengenai kelahirannya.

    MENARIK:  Nabila Razali Sempat Hadiri Showcase Misha Omar Beberapa Jam Sebelum Bersalin – ‘Subuh Esoknya Terus Check In Hospital’ 

    Susulan daripada itu, pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut dan menahan suspek untuk tujuan soa siasat.

    Kebanyakan saksi yang kami periksa adalah jiran yang mengetahui kejadian, menghantar ke rumah sakit, hingga yang menemukan bayi dalam almari.

    Suspek yang turut ditahan akhirnya mengaku telah melahirkan bayi luar nikah dan menyembunyikannya di dalam almari.

    Suspek turut mendedahkan, bayi tersebut merupakan hasil hubungan haram dengan seorang lelaki yang baru dikenalinyq tiga bulan lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah