Pelakon, Ezzanie Jasny sentiasa menitikberatkan sikap baik dan disiplin ketika berada di set penggambaran terutama dalam menjaga hubungan serta kerjasama bersama rakan-rakan artis.
Artikel Berkaitan: ‘Dah 27 Tahun Masih Belum Ada Pasangan, Tengok Orang Lain Bahagia Buat Saya Tersentuh’ – Ezzanie Jasny
Artikel Berkaitan: ‘Orang Nampak Berlakon Senang, Tapi Hakikatnya Tak.. Nak Buat Scene Menangis Pun Susah’ – Ezzanie Jasny
Nasihat

Ketika ditemui , pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, mengakui bersyukur kerana diberi peluang bekerjasama dengan pelakon senior.
Menurutnya, pengalaman tersebut bukan sahaja memberinya peluang untuk menimba ilmu, malah turut mematangkan dirinya dalam memahami cara menjaga serta mengurus hubungan dengan lebih baik.
Apabila masuk dalam industri ini, saya bersyukur sangat sebab dapat bekerja dengan pelakon-pelakon lama.
Kalau tengok, semua hero yang berlakon dengan saya, ada yang sudah berkahwin, ada nama dan sudah lama dalam industri ini. Sedikit sebanyak, mematangkan saya juga.
Kalau nak bekerja dengan orang, kita kena beramah mesra, bertegur sapa. Boleh sahaja nak buat hal sendiri tapi kenalah bertegur juga sebab kita nak kerja dengan suasana yang harmoni dan gembira di set penggambaran.
Ezzanie berkata demikian ketika ditemui pada sesi tontonan bersama Bulan Berhenti Bicara di Putrajaya, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ezzanie berkata pembawakan watak yang agak berat tidak patut dijadikan sebagai alasan untuk tidak bergaul dengan pelakon veteran.
Ezzanie berkata Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi juga sering memberikan nasihat kepadanya dan dia terbuka menerima setiap pesanan yang baik demi memperbaiki diri.
Dengan kak Lisdawati saya sudah bekerja banyak kali. Dia merupakan salah seorang pelakon yang bagus termasuk dengan abang Fauzi.
Kalau apa-apa jadi mereka akan mesej dan ingatkan saya selain beri sokongan. Mereka juga ada banyak beri pesanan dekat saya. Saya ambil perkara itu sebagai satu perkara yang positif supaya saya lebih beringat.
Ketika ditanya sama ada pernah menerima layanan kurang baik daripada pelakon senior, Ezzanie mengakui dia tidak pernah berdepan sebarang pengalaman buruk sepanjang bergelar anak seni.
Setakat ini alhamdulillah tiada.
Secara jujurnya, saya tidak sangka akan jadi pelakon dan pada awalnya saya tidak mahu tetapi setelah mencuba dan saya pun dapat maklum balas yang positif tentang lakonan saya, saya fikir ini adalah rezeki saya.
Terdahulu, Lisdawati memuji sikap Ezzanie yang disifatkannya sebagai seorang yang sangat profesional sepanjang berada di set penggambaran.
The post [VIDEO] ‘Kalau Nak Bekerja Dengan Orang Kena Beramah Mesra, Bertegur Sapa’ – Ezzanie Jasny first appeared on OHBULAN!.





