
Pelakon dan pelawak senior, Ebby Yus mendedahkan tentang seorang penyanyi wanita yang didakwa tidak menegurnya.
Artis tak tegur
Full video feat Ebby Yus Yt&Spotify Soutudeen.
? original sound – Soutudeen – Soutudeen
Menerusi temu bual bersama Soutudeen, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 60 berkata, penyanyi tersebut tidak menyapa dirinya meskipun mereka duduk bersebelahan.
Ada seorang penyanyi perempuan, dia datang dan terus berbual-bual dengan kawannya.
Saya di sebelah, dia tak ada tegur dan hanya bercakap dengan temannya sahaja tetapi saya berharap juga dia datang tegur tapi tak ada.
Walau bagaimanapun, pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut itu tidak mengambil pusing dengan tingkah laku penyanyi berkenaan berikutan umurnya yang masih mentah.
Penyanyi itu masih muda dan saya pun tak mahu bersangka buruk..dalam hati saya berkata, dia budak.
Kurang adab

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kurang senang dengan penyanyi berkenaan yang disifatkan kurang adab dan sopan.
Itu yang sedih, memang ramai budak sekarang agak kurang dari segi adab. Bila tegur kita pula dimarahnya.
Memang perangai budak-budak sekarang. Datang rumah pun tak reti nak bersalam atau senyum.
Zaman sekarang ini memang kurang adab.
Pendidikan tentang adab sopan bermula dari rumah.
Ibu bapa antara orang yang perlu ajar mereka.





