28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Dilahirkan Pun Di Swasta’ – Shahida Bidas Tuduhan Duduk Tepi Jalan, Nafi Tumpang Populariti Suami & Ibu Mentua

    Shopee Sale



    Pertelingkahan antara dua personaliti terkenal, Datin Seri Shahida dan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam semakin menjadi bualan hangat netizen selepas masing-masing saling berbalas kenyataan di media sosial.

    ‘Saya nasihatkan mak cik sujud syukur’

    " data-video-id="7495021096337558802">
    @candyta.beaute Tak pasal² Datin @Nur Shahida Mohd Rashid kene cerita salah silah “SWASTA” ? #rabeccanuralislam #rabecca #datinshahidadherbs #papalaris #papaterlajaklaris #aliffsyukri #aliffsyukri #rabeccaVSshahidah #bondarozitaibrahim #bondarozita #dherbs #dherbsterlajaklaris ? suara asli – Arul

    Dalam kenyataan sebelum ini, Rebecca secara terbuka menasihati Shahida agar lebih bersyukur dengan kehidupan yang dimilikinya kini selain mendakwa usahawan itu menumpang kekayaan dan populariti suami, Datuk Seri Aliff Syukri dan ibu mentuanya, Bonda Rozita Ibrahim.

    Malah adik ipar kepada Bonda Rozita Ibrahim ini juga, berpendapat bahawa Shahida sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan berlebih-lebihan.

    Rebecca: Saya nasihatkan mak cik sujud syukur sebab ada lelaki kaya, mertua kaya. Mak cik tak perlu lebih-lebih bagi kenyataan apa-apa. Kau kena ingat mak cik, kalau tak, kau duduk tepi jalan je.

    Tidak berdiam diri, Shahida tampil membalas kenyataan tersebut dan menjelaskan bahawa sejak awal kehidupannya, dia tidak pernah menumpang populariti atau kekayaan sesiapa.

    Shahida: Pada 14 Mac 1985, pada jam 6:37 pagi di Sentosa Medical Center, nampak beranak pun di swasta ya. Saya kena cerita sejarah swasta, nanti awak kata saya duduk tepi jalan.

    Isteri kepada usahawan Datuk Aliff Syukri ini turut berkongsi perjalanan penglibatan awalnya dalam dunia seni.

    Alhamdullillah, saya dilahirkan secara normal. Saya kemudian meneruskan persekolahan di Bandar Baru Sentul sehinggalah saya menjadi ahli kumpulan Solehah (nasyid) pada berusia 14 tahun.

    Jadi, bermakna saya tak menumpang populariti sesiapa. Saya masuk nasyid, kemudian jadi model iklan Sunsilk.

    Terdahulu, Rebecca tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

    MENARIK:  [VIDEO] Roslan Shah Makin Popular, Terharu Ramai Peminat Gen Z – ‘Sebelum Ini, Ada Mulut Puaka Yang Cakap Saya Sudah Sendu’

    Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem ‘Keramat’ itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida.

    Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah