Pengacara dan penyanyi, Roslan Shah mengakui dirinya menikmati fasa paling manis apabila popularitinya meningkat semula pada usia 55 tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Roslan Shah Didakwa Curi Wang RM66,000 Milik Pempengaruh Mangobossku? – ‘Berdiam Diri Bukan Bererti Salah’
Artikel Berkaitan: Buat ‘Paranormal’ Dengan Aliff Aziz, Cik Lan Ambil Kesempatan Minta Dukung
Nama melonjak naik

Menerusi program Night Walk yang disiarkan di YouTube MBK Film Studios bawah produksi Mangobossku, Roslan berkata penerimaan penonton terhadap dirinya benar-benar menyentuh hati.
Menurut Roslan, orang ramai menyukai lawak spontannya dan gaya tersendiri yang dibawanya, sebab itu mereka menerima dirinya seadanya.
Saya baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-55. Saya terharu apabila dikenali di usia sekarang dan menganggap ia rezeki Allah.
Sebenarnya, saya banyak bersabar. Saya tahu segelintir orang tak sukakan kita. Apabila tahun 2025 nama saya melonjak naik kerana program Night Walk, saya rasa memang terharu orang terima saya.
Ramai beri respons suka lawak spontan saya, mereka suka cara saya yang tersendiri. Sebab itu mereka boleh terima saya seadanya.
Peminat gen Z

Bukan sekadar muncul di kaca skrin, Roslan kini aktif turun bertemu peminat muda di beberapa universiti melalui jelajah Pesta Bintang Stardust bersempena musim konvokesyen.
Bermula dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok dan diikuti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Roslan mengakui tidak menyangka sambutan pelajar begitu meriah.
Saya terharu, ada peminat muda menjerit teruja melihat saya. Saya kena kerumun dengan peminat muda dari golongan Gen Z.
Betul ke saya ini Roslan Shah? Tahun 2025 ini dapat banyak sangat rezeki sedangkan dahulu saya dikutuk, dihina dan dikeji.
Ikhlas dalam bekerja
Selain itu, Roslan menegaskan dia sama sekali tidak mengejar populariti, sebaliknya ikhlas dalam mencari rezeki.
Sebelum ini, ada mulut puaka yang mengatakan saya sudah sendu dan tak popular. Tapi saya tak cari populariti.
Saya ikhlas bekerja dan apabila dikenali, saya rasakan ia sebagai rezeki Allah.
Saya peramah dengan peminat dan saya tak sangka diterima baik apabila dikerumuni, peminat menjerit nama saya dan mahu mengambil gambar. Saya rasa memang rezeki.
Saya terkejut dan tergamam, betul ke saya ni Roslan Shah? Tawaran demi tawaran saya terima. Jadual saya penuh, Alhamdulillah. Ini semua berkat saya menjaga arwah ibu saya ketika dia masih hidup dahulu.
Dalam masa sama, Roslan sedang sibuk mempromosikan single terbarunya Hantu Hantu Hantu, hasil ciptaan Adi 6ixth Sense dan Emma Rockers.
The post [VIDEO] Roslan Shah Makin Popular, Terharu Ramai Peminat Gen Z – ‘Sebelum Ini, Ada Mulut Puaka Yang Cakap Saya Sudah Sendu’ first appeared on OHBULAN!.






