28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Didakwa Terdesak Tuntut Nafkah Anak, Ibu Raja Azura Selar Netizen – ‘Saya Tahu Macam Mana Dia Cari Duit’

    Shopee Sale

    Ibu kepada pengacara dan pelakon Raja Azura tampil mempertahankan anaknya daripada kecaman warganet yang didakwa telah meninggalkan komen melampau.

    Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Sokong Raja Azura Pertahankan Nafkah Cahaya Mata – ‘Kalau Anak Tak Peduli, Tuduh Mak Yang Hasut’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Seperti Orang Lain Yang Dapat Mimpi Dib*kar Sebelum Pilih Untuk Bertudung’ – Raja Azura

    Selar netizen

    Menerusi perkongsian di TikTok, wanita itu dilihat berang ketika membaca komen seorang warganet yang mendakwa Raja Azura terdesak kerana membuat tuntutan nafkah tiga anaknya terhadap bekas suami.

    MENARIK:  Hairul Azreen Syukur Dipilih Sebagai Pemain Profesional Selangor Red Giants Esports – ‘Saya Sebagai Mid Lane Player’

    Menurut wanita itu, dia sendiri yang menyaksikan perjuangan Raja Azura untuk membesarkan cucu-cucunya.

    Selama belasan tahun dia (bekas menantu) tinggalkan anak-anak ketika dari sekolah lagi sampai masuk universiti.

    Ini mak dia, bukan mak tiri, bukan mak mentua. Saya yang berdamping dengan dia dari ada suami sampai berpisah, nak turun mahkamah.

    Siang malam mencari duit sampai anak-anak sampai habis belajar.

    Hilang sabar

    " data-video-id="7570238887453330706" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @raja.azura

    sekian sepatah dua kata daripada permaisuri 2025 #fyp #foryoupage #trending #2025 #fypシ゚

    ♬ original sound – Raja.azura – Raja.azura

    Dalam masa yang sama, ibu kepada pengacara popular itu menafikan dakwaan anaknya berada dalam keadaan terpaksa untuk mendapatkan wang dari bekas suaminya.

    Hilang sabar saya sebagai seorang ibu. Saya tahu macam mana anak saya mencari duit, tak ada maknanya terdesak.

    Kalau terdesak anak saya dah lama minta bantuan dari kerajaan.

    Terdahulu, pemilik nama Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, itu memohon bekas suaminya, Adzmin Osman untuk memberi kerjasama dalam menyelesaikan isu tuntutan nafkah yang tertunggak sejak 15 tahun lalu.

    Sebelum ini, Raja Azura memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan penghakiman mengenai nafkah tiga orang anaknya daripada Adzmin.

    Untuk info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2001 namun bercerai pada 28 September 2010.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 23, Megat Luqman Haqim, 22, dan Puteri Mia Maizura, 20.

    Sumber: TikTok Raja Azura

    The post [VIDEO] Didakwa Terdesak Tuntut Nafkah Anak, Ibu Raja Azura Selar Netizen – ‘Saya Tahu Macam Mana Dia Cari Duit’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah