27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Dia Abang Ipar Yang Sempurna, Sangat Lembut Dengan Keluarga & Anak-Anak’ – Shaheizy Sam

    Shopee Sale

    Pemergian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, semestinya memberi kesan yang mendalam terhadap ahli keluarga termasuk adik iparnya yang juga pelakon iaitu Shaheizy Sam.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Kehilangan Sahabat Sejati, Setia Menemani Waktu Susah & Senang’ – Ahmad Zahid Berduka Atas Pemergian Allahyarham Bung Moktar

    Artikel Berkaitan: Suami Zizie Izette Meninggal Dunia Pada Usia 66 Tahun

    Perkongsian Sam

    View this post on Instagram

    A post shared by Bernama (@bernamaofficial)

    Menerusi laporan Bernama, Sam atau nama lengkapnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 43, memaklumkan bahawa keadaan kesihatan abang iparnya itu kurang baik semenjak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

    Masa hari terakhir berkempen, sebelum mengundi memang nampak dia tak macam dulu.. dia nampak penat.

    Yang mengejutkan semalam apabila dengar keadaan dia memang betul-betul teruk.

    Sisi yang berbeza

    Dalam masa yang sama, Sam mendedahkan Allahyarham Bung Moktar memiliki karakter yang tegas semasa di Parlimen namun keperibadiannya berbeza ketika bersama keluarga.

    Apa yang kita nampak dia di parlimen itu bukan dia. Macam mana agresif kita nampak dia di parlimen tapi kalau di rumah dia seorang yang sangat berbeza.

    Nak dengar dia tinggi suara, nak dengar dia marah di rumah memang tak pernah. Saya rasa dalam berbelas tahun ini..apa yang kita nampak dia di parlimen berbeza dengan di rumah.

    Bila dia di rumah, dia dengan keluarga dan anak-anak dia sangat lembut.

    Bagi saya dia seorang abang ipar yang sempurna.

    Selain itu, Sam turut mengagumi sifat Allahyarham Bung Mokhtar yang sentiasa menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat di kawasan yang diwakilinya tanpa mengira waktu.

    Bila saya ikut dia setiap kali balik ke kawasan (parlimen), akan ada orang-orang nak datang berjumpa dengannya dan dia tak pernah cakap tak boleh, walaupun sudah jam 4 pagi.

    Untuk rekod, Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir di usia 66 tahun, pada pukul 1.46 pagi Jumaat di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah.

    MENARIK:  Along Cham Sudah Lantik Peguam Kendali Kes Lafaz Taklik, Mohon Doa Yang Terbaik

    Allahyarham dilaporkan menerima rawatan akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

    Sumber: Bernama

    The post [VIDEO] ‘Dia Abang Ipar Yang Sempurna, Sangat Lembut Dengan Keluarga & Anak-Anak’ – Shaheizy Sam first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah