
Pelakon dan pelawak, Along Cham telah melantik peguam syarie bagi mengendalikan kes pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
Doa yang baik-baik

Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, berharap agar urusannya dipermudahkan hari ini.
Along ditemani ibunya, Siti Habsah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada jam 11.10 pagi.
Doa yang baik-baik.
Sementara itu, peguam mewakili Along iaitu Muhammad Akmal Amzan akan berkongsi lebih lanjut mengenai proses hari ini selepas prosiding selesai.
Hari ini untuk perbicaraan yang mana kita sudah diarahkan oleh hakim untuk failkan pindaan. Jadi hari ini kita akan mulakan perbicaraan dahulu.
Harap tiada masalah

Sementara itu, isterinya, Afreena Suhaimi, 33, tiba jam 11.38 pagi ditemani peguam, Mohammad Iezwan Ielias, berkata dia sudah bersedia untuk dilepaskan.
Saya berharap semuanya selesai hari ini sebab perkara dah berlanjutan selama enam bulan bahkan hampir setahun.
Harapnya hari ini tiadalah isu-isu kesalahan dokumen atau perkara tidak sepatutnya.
Saya dah bersedia lama dah untuk dilepaskan, harapnya semuanya selesai juga hari ini sebab benda ini dah kacau banyak benda termasuk kerja.
Pada prosiding lalu, Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi mengarahkan Along supaya melantik peguam syarie.
Hakim Syarie itu memerintahkan demikian selepas mendapati terdapat kesilapan dalam dokumentasi yang difailkan Along.
Menurut Hakim Syarie itu, peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif kelak, perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.
Terdahulu, pengesahan lafaz cerai taklik melibatkan Along dan Afreena terpaksa ditangguhkan.
Keputusan itu dibuat mahkamah selepas Hakim Syarie Muhamad Nazri Basrawi mendapati berlakunya kekeliruan berkaitan dokumentasi yang dibuat Along selalu plaintif.
Sekadar info, kemelut rumah tangga mereka mula timbul selepas Along mendakwa Afreena telah melanggar tiga perkara yang dipersetujui dalam perkahwinan yang membawa kepada jatuhnya lafaz taklik.





