
Perkongsian terbaharu pempengaruh terkenal, Cik Epal di Instagram menyorot perhatian warganet selepas dilihat bergambar dengan kereta baru yang dipercayai miliknya.
Reward diri

Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Murni Mahmud meluahkan rasa syukur selepas dapat memiliki kereta mewah yang dipercayai jenama Mercedes Benz G-Class yang bernilai sekitar RM1.79 juta.
Kata Cik Epal, kereta tersebut dibeli sebagai ganjaran kepada dirinya yang sudah kuat menempuh dugaan.
Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi dapat beli kereta raya.
Lebih baik beli kereta reward untuk diri sendiri daripada bagi kereta dekat orang tapi dikhianati dan tidak dihargai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi perasaan gembira apabila melihat usahawan itu mencapai sebuah lagi kejayaan dalam hidupnya.
Komen netizen






