
Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Cik B mengakui selesa berkawan dengan Qadejah, Ara Aziz, dan Alyssa Dezek kerana sekufu dalam pemikiran selain merasakan ia adalah hubungan yang ikhlas.
Pernah ditikam belakang

Ketika ditemui , Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen berkongsi sebelum ini dia pernah mengalami pengalaman pahit dalam hubungan persahabatan..
Cik B juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira kerana akhirnya telah berjumpa kawan yang sekufu dengannya.
Bagi saya, tahun ini tahun yang seronok bagi saya sebab jumpa kawan seperti mereka. Sebelum ini saya dapat kawan nauzubillah min zalik.
Mereka juga faham perasaan dan isi hati saya dan saya juga faham mereka.
Tahun lepas, kawan saya tikam belakang, mencuri barang saya. Saya tidak tahu apa masalah dia.
Cerita ni sudah lama, kalau saya cerita nanti dia kata saya buka aib dia tetapi saya hanya boleh cakap dia curi Balenciaga saya.
Mengulas mengenai sekufu, Cik B berkata dia lebih mementingkan kawan yang mempunyai pemikiran yang sama berbanding perkara lain.
Jelasnya, dia hanya mahu kawan yang ikhlas berkawan dengannya.
Maksud saya sekufu adalah dari segi fikiran, bukan dari segi kewangan.
Saya mahu kawan yang memahami dunia industri seni, perniagaan, dan apa yang saya mahu lakukan.
Sesetengah orang mungkin akan rasa apa yang saya buat ni cringe tapi mereka semua faham saya.
Seronok ada kawan perempuan

Sementara itu, gadis berusia 20 tahun itu turut meluahkan rasa syukur apabila dikelilingi oleh rakan perempuan setelah sekian lama memiliki kawan berlainan jantina.
Ini adalah sesuatu yang menyeronokkan juga bagi saya sebab selalunya saya hanya ada kawan lelaki, tapi sekarang saya ada kawan perempuan.
Saya boleh tunjukkan sisi kewanitaan yang ada dalam diri dan saya rasa macam kita ‘baddie’.
Kami juga ada kumpulan WhatsApp, sentiasa meriah. Kami sering berkongsi pelbagai info, kata-kata motivasi dan saling memberi sokongan semasa sendiri.





