Penyanyi Hazama, menjelaskan mengenai ketiadaannya sebagai salah seorang peserta program realiti nyanyian Gegar Vaganza Fantasia.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Diberikan Bekalan Yang Cukup Untuk Bertahan Dalam Industri’ – Hazama
Penjelasan Hazama

Ketika ditemui , Hazama atau nama lengkapnya Hazama Ahmad Azmi, 42, memaklumkan dia ada menerima tawaran daripada pihak produksi program terbabit, namun terpaksa menolak berikutan jadual yang padat.
Mereka ada tawarkan namun saya terpaksa tolak. Banyak kerja yang berlangsung hujung tahun ini di mana ada bayaran yang kita sudah ambil 100% dan 50%.
Ia dari segi etika dan prinsip kerja saya, kita sudah berjanji. Program itu pula ada tarikh-tarikh yang bertembung jadi saya tak boleh nak beri komitmen.
Itu sahaja, bukan sebab merajuk.
Mengulas mengenai dakwaan bahawa dirinya masih relevan dan tidak sewajarnya menyertai pertandingan, Hazama berkata, setiap penyanyi mempunyai matlamat serta pandangan tersendiri mengenai program itu.
Ada sesetengah orang memandang program itu adalah platform untuk membuat kemunculan semula. Ada setengah orang memandang ia platform mencari kerja. Bagi saya perjuangan penyanyi berbeza-beza.
Ada setengah orang menyanyi untuk terus bertahan. Ada setengah orang nak menyanyi untuk membuktikan, ada setengah orang menyanyi untuk macam-macam, jadi tak salah pun.
Saya tak boleh nak cakap saya relevan atau tidak. Saya takut nanti orang salah faham dengan kenyataan saya.
Namun bagi Hazama, komitmen menjadi perkara utama baginya berikutan program nyanyian itu memerlukan peserta untuk memberikan tumpuan sepenuhnya demi persembahan yang terbaik.
Ada tekanannya sebab kita dalam pertandingan dan saya tak boleh beri komitmen. Kalau masa umur 20-an, kita muda mungkin saya ada tenaga ataupun boleh beri komitmen.
Tapi yang untuk sekarang ni saya punya tanggungjawab adalah pada apa yang ada, saya tak boleh beri komitmen dekat program seperti itu.
Hazama berkata demikian ketika ditemui pada sindang media Konsert Magnum Opus: M. Nasir Dekad Ke-5 yang berlangsung di ibu kota pada Isnin.
Dalam pada itu, pelantun lagu Semacam Pandora ini menolak dakwaan bahawa dirinya tidak dapat menyertai program berkenaan kerana terikat dengan sebuah stesen televisyen lain.
Tidak, saya bebas. Saya tak ada terikat dengan mana-mana stesen pun. Saya adalah seniman Malaysia yang berkhidmat untuk semua media massa.
Kalau masa saya dalam Akademi Fantasia dulu lepas keluar, ya saya dalam kontrak Astro. Tapi selepas itu saya dah habis kontrak dengan Astro, saya jalan sendiri. Jadi saya tak ada mana-mana kontrak eksklusif stesen TV.
Terdahulu, ketiadaan Hazama sebagai peserta Gegar Vaganza Fantasia menjadi persoalan ramai pihak termasuk peminat yang ingin melihatnya kembali berentap sebagai bekas juara Akademi Fantasia musim ke-9.
The post [VIDEO] ‘Bukan Merajuk’ – Hazama Perjelas Sebab Tak Beraksi Di GV Fantasia first appeared on OHBULAN!.





