Sempena bulan Ramadan, pempengaruh dan usahawan, Boss James berusaha untuk melaksanakan hasratnya menjalani ibadah puasa seperti tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Baru Setahun Buat Perniagaan, Sudah Beli Kereta Ferrari Atau Lamborghini’ – Boss James
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Boss James Berhabis Empat Angka Setiap Bulan Belanja Staf Makan, Netizen Doa Murah Rezeki
Cuba berpuasa
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Boss James atau nama sebenarnya James Ng, 34, memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang bersedia untuk bersahur.
Namun yang menarik perhatian adalah apabila Boss James meminta pengacara Hawa Rizwana untuk membaca doa makan melalui panggilan telefon.
Boss James kemudian menyatakan azamnya untuk berpuasa penuh sepanjang Ramadan tahun ini.
Tahun lepas target 30 hari tapi dapat 24 hari sahaja. Tahun ini memang berniat nak puasa penuh, tapi tak tahu dapat ke tidak.
Mohon doa dari semua supaya saya dapat menahan diri.
Makanan (sahur) untuk tahun ini biasa sahaja, air, protein, cornflakes dengan susu, sarang burung dan tomato ceri.
Semoga kita semua dapat istiqamah, dilipat gandakan pahala, amalan diterima dan yang paling penting sihat selalu.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut telah meraih pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-rata meluahkan rasa gembira dan senang melihat hubungan Boss James dan Hawa.
Dalam masa sama, mereka turut mendoakan agar Boss James dapat memenuhi matlamatnya berpuasa penuh pada tahun ini.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Boss James Minta Tolong Hawa Rizwana Baca Doa Makan Semasa Sahur Buat Netizen Teruja – ‘Tahun Ini Niat Puasa Penuh’ first appeared on OHBULAN!.





