27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Berjaya Bawa Karakter Lembut Di TikTok, Fezrul Khan Hanya Mahu Hiburkan Netizen – ‘Di Luar Saya Tetap Macam Biasa’

    Shopee Sale



    Sejak kebelakangan ini, tular beberapa video di media sosial memaparkan pelakon Fezrul Khan melakonkan karakter sebagai lelaki lembut.

    Hanya hiburan semata-mata

    Terbaharu, Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi Khan memaklumkan bahawa karakter ala-ala lelaki lembut yang dibawanya hanyalah sekadar hiburan semata-mata.

    Jelas Fezrul, dia juga tidak beniat untuk mencetuskan apa-apa kontroversi menerusi karakter yang diberi nama ‘She’ dan ‘Ratu Lebah’.

    Nama Ratu Lebah itu wujud sebab saya jual madu dari Yaman. Saya memang amalkan makan madu selepas tak ambil gula.

    Nama She tu pula pula memang ramai yang pertikaikan. Nama watak tu sebenarnya Sushi tapi saya pendekkan dan ubah ejaan menjadi She.

    Lagipun dalam kalangan kawan-kawan artis, memang selalu gunakan ganti nama diri She. Tak ada niat apa pun.

    Kat luar saya tetap macam biasa. Karakter itu hanyalah sekadar pesona dan hiburan pengikut media soaial saya sahaja.

    Fezrul berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi tayangan Kempen Ramadan Raya ‘Indahkan Memori’ Media Prima yang diadakan di Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur pada Isnin.

    MENARIK:  Miliki SUV Idaman Dengan Jetour Year-End Promo! Jimat RM12,000 & Banyak Lagi

    Dalam pada itu, pelakon berusia 43 tahun ini mengakui ada menerima kecaman daripada beberapa pihak namun menganggap itu hanyalah asam geram dunia hiburan.

    Memang ramai yang kecam saya pun. Sampai tahap ‘report’ akaun saya pun ada, Tapi saya lebih selesa mendiamkan diri. Saya pun baru sahaja menggunakan media sosial.

    Biasalah, ada yang suka kita dan ada juga yang tak suka kita. Bukan senang nak jaga hati semua orang kan?.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah