Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkongsi serba sedikit tentang persiapan perkahwinannya bersama selebriti terkenal Bella Astillah, yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pilihan Tidak Akan Berubah & Wanita Itu Ada Di Sisi Saya’ – Syed Saddiq
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Teruja Nak Kahwin, Akui Bahagia Temui Bella Astillah – ‘Kenapa Malu? Saya Bersyukur’
Tak berdebar

Menerusi sebuah sesi siaran langsung, pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, mengakui tempoh untuk persiapan perkahwinan mereka sangat singkat.
Bagaimanapun, Saddiq meluahkan rasa lega kerana Bella banyak membantunya dalam membuat persiapan.
Kami sekarang agak panik sebab tarikh nikah dan sanding sangat dekat.
Persiapan sangat luar biasa, orang lain ada yang ambil masa setahun untuk buat persiapan kahwin tapi saya dan Bella kami ada ujian di mahkamah.
Kami hanya boleh bermula proses dalam dua bulan lepas.
Banyak tempat pun dah penuh di tempah tapi bila ada iron lady macam Bella, dia buat dalam masa yang sangat singkat.
Menurut Saddiq, dia sama sekali tidak berasa berdebar menunggu hari bahagianya bersama Bella, malah gembira mereka bakal disatukan.
Berdebar tak? Tidak sebab saya gembira tetapi proses persediaan perkahwinan itu agak panik sedikit.
Dalam masa yang sama, aktres tersebut juga sangat menghargai kehadiran tunangnya di sisi sepanjang proses persiapan perkahwinan mereka.
Terima kasih kepada YB juga sebab dia selalu ada.
Dia tak bagi saya risau seorang diri.
Terdahulu, pasangan itu mengumumkan mereka bakal disatukan pada 10 Oktober ini menerusi satu hantaran video di Instagram.
Syed Saddiq juga memaklumkan majlis tersebut bakal berlangsung di Tingkat 118, Menara Merdeka, dengan konsep serba putih yang disulami elemen bertemakan Arab.
Untuk info, Syed Saddiq dan Bella dilapor mula berkenalan dengan lebih rapat pada 2025 sebelum mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] ‘Berdebar? Tidak, Saya Gembira’ – Syed Saddiq first appeared on OHBULAN!.





