
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah dipercayai berada di Muar, Johor untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sana bersama ahli politik, Syed Saddiq.
Sambut hari lahir
View on Threads
Menerusi video yang dikongsikan di laman Threads, kelihatan Bella dan Saddiq serta ibu bapanya sedang berbuka puasa bersama di sebuah restoran.
Tidak lama kemudian, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah menerima sebiji kek sempena kejutan hari lahirnya yang ke-31 tahun.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan hari lahir pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu pada tahun ini sangat bermakna dengan kehadiran Saddiq.
Takkanlah kejutan hari lahir dan jumpa ibu bapa Saddiq pun marketing. Semoga mereka berjodoh.
Istimewa hari lahir Bella tahun ini, Alhamdulillah semua orang mendoakan kalian.
Perkataan dekat kek ada tulisan ‘grumpy munchkin’, maksudnya kek itu dari YB.
Terdahulu, Bella dan Saddiq berkolaborasi bersama bagi menjayakan promosi sebuah jenama pakaian tempatan. Ahli politik berasal dari Johor itu juga sebelum ini pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Sekadar info, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.





