
Pelakon dan penyanyi terkenal, Bella Astillah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kisah perkenalan awalnya dengan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq.
‘YB memang tak sombong, dia humble’
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, memberitahu dia dan Syed Saddiq sudah saling mengenali sejak tiga tahun lalu. Menurut Bella, pertemuan pertama mereka berlaku di sebuah konti radio.
Saya tengah duduk, YB lalu. Masa tu saya tengah duduk main telefon kemudian YB tegur. Saya terus bangun dan tunduk. YB tanya ‘Sihat ke?’ lepas tu biasalah, soalan-soalan YB kan.
Dalam pada itu, Bella menyifatkan Syed Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, seorang yang merendah diri dan tidak sombong.
YB memang tak sombong, dia humble. Walaupun kadang-kadang dia penat tapi dia masih layan orang.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja mendengar kisah pertemuan dua figura terkenal itu malah mereka berseloroh mengatakan Syed Saddiq sebenarnya sudah ‘crush’ Bella sejak dulu lagi.
Patut YB cakap dia kenal Bella masa jumpa dekat konti radio tu. Tengok la dia tegur bella dlu, ‘Hi bella how are you?’, mungkin dia fans Bella dulu.
Kenapa lah aku rasa sekarang ni YB cakap dalam hati “finally, i got you Bella’
Oh, dah 3 tahun rupanya.
Mesti YB dah crush dengan Bella dari dulu.
Wow, YB tegur dulu, sweet!
Sweetnya, tapi tu lah tak cukuplah. Nak tahu lebih detail detik perkenalan.





