27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bekas Isteri Dakwa Suami Zehra Zambri Fail Tebus Talak? – ‘Jangan Dera Perasaan Perempuan, Macam Apa Kau Dah Buat Dekat Aku’

    Shopee Sale



    Seorang wanita, Siti Marissa Hussin yang didakwa merupakan bekas isteri kepada suami Zehra Zambri, iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin, tampil mendedahkan bahawa lelaki itu enggan menceraikan isterinya sebaliknya telah memfailkan khuluk atau tebus talak.

    ‘Sang suami pula buat khuluk’

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story Zehra, Marissa mendakwa bahawa proses perceraian yang sepatutnya berlangsung secara fast track pada hari sebelumnya tidak dipersetujui oleh Iqwan. Sebaliknya, lelaki itu didakwa memilih untuk menggunakan khuluk sebagai jalan penyelesaian.

    Kalau dia buat nusyuz pun tak akan berjaya, mengikut bukti yang sedia ada. Sepatutnya hari ini (semalam) mereka perceraian fast track tapi tak dipersetujui oleh sang suami. Dan sang suami pula buat khuluk.

    Selain itu, Marissa turut mendakwa bahawa selepas perkahwinan Iqwan dan Zehra, banyak perkara yang berlaku termasuk pelbagai fitnah yang didakwa dilakukan oleh lelaki berkenaan.

    Terlalu banyak sangat berlaku selepas mereka berkahwin, pelbagai fitnah oleh lelaki ini yang mengada-adakan cerita.

    Pelbagai laporan polis dia dah buat kepada saya yang saya sendiri tak tahu kenapa.

    ‘Jangan dera perasaan perempuan’

    Dalam hantaran yang sama, Marissa menegaskan bahawa niatnya bukan untuk mencampuri urusan rumah tangga pasangan itu, sebaliknya dia hanya mahu memberikan peringatan agar lelaki tersebut tidak terus menyakiti hati wanita lain.

    Ramai tanya saya, betul ke saya nak tolong Zehra? Satu je, saya bukannya nak cerita apa-apa pun mengenai rumah tangga mereka tetapi saya nak cakap kepada suami dia ni, ‘cukup-cukuplah’. Jangan dera lagi perasaan perempuan, macam apa yang kau dah buat kepada aku.

    Jangan sakitkan hati perempuan lagi dah, aku tolong sebab aku rasa apa yang dia rasa dan lebih lama daripada dia. Kalau kau nak anak kau membesar dengan cara baik, mental ibu dia kena baik. Cukuplah anak-anak lelaki yang ada yang membesar dalam keadaan yang sangat kasihan.

    Nasib baiklah aku ni senang nak maafkan orang. Hari-hari aku mendoakan kau berubah, Allah lorongkan hati dia balik kepada Allah.

    Sebelum ini melaporkan suami Zehra, Nur Mohd. Iqwan Samsudin, 42, mendakwa isterinya itu dilaporkan bakal memfailkan cerai secara ‘fast track’ terhadapnya dalam masa terdekat.

    MENARIK:  Fiziwoo Kunci Mulut Setahun, Dakwa Kolar Kurta & Motif Sampin Diciplak Jenama Tempatan – ‘Sepandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Juga’

    Bagaimanapun, Iqwan hadir ke mahkamah untuk memfailkan nusyuz bagi menyelamatkan rumah tangga mereka yang didakwa ada gangguan pihak ketiga.

    Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.

    Untuk rekod, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

    Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.

    Video

    " data-video-id="7475939609814404359" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
    @official Alamak ??# #fyp #news #bekas #isteri #suami #zehrazambri #dakwa #nak #cerai #deraperasaan ? original sound – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah