34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Rasanya Dah Tiba Masa, Wajibkan Lawatan Sekolah Ke Penjara’ – Cikgu Zack Kirana

    Shopee Sale

    Pempengaruh yang juga guru, Cikgu Zack Kirana, mencadangkan agar lawatan ke penjara diwajibkan kepada pelajar susulan peningkatan kes buli, rogol dan pembunuhan yang melibatkan golongan tersebut.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Masalah Sebenar Adalah Gajet, Pelajar Terdedah Dengan Budaya Tak Elok’ – Azhar Sulaiman

    Artikel Berkaitan: [Kes Tik*m Pelajar]: Polis Sahkan Suspek Simpan Perasaan Cinta Terhadap Mangsa

    Wajib lawatan ke sekolah

    Menurut Cikgu Zack, 38, lawatan itu dapat menyedarkan pelajar tentang kehidupan sebenar di penjara dan membuat mereka lebih menghargai kebebasan.

    Rasanya dah tiba masa, wajibkan lawatan sekolah ke penjara-penjara.

    Biar anak-anak lihat sendiri dengan mata mereka betapa mahalnya nilai sebuah ‘kebebasan’ dan kehidupan. Allah, selamatkanlah anak-anak kami.

    Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Saliza Ibrahim turut menegaskan bahawa peranan ibu bapa bukan hanya terbatas kepada membesarkan anak-anak, sebaliknya turut merangkumi aspek mendidik mereka mengurus emosi dengan baik.

    Ibu bapa bukan sekadar perlu ‘besarkan’ anak-anak. Tapi kena latih anak-anak mengawal pelbagai bentuk emosi.

    Ajar anak-anak cara tangani kemarahan, cara terima kekalahan, cara terima persaingan.

    Cikgu di sekolah mungkin boleh pandaikan anak-anak dari segi akademik dan aspek disiplin asas, tapi pengurusan emosi anak-anak mestilah datang dari rumah kerana didikan emosi haruslah berserta kasih sayang dan teladan daripada ibu bapa.

    Pada Rabu, Malaysia dikejutkan dengan insiden tragis melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut dipercayai akibat ditikam oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah.

    MENARIK:  Michael Ang Harap Cheah Liek Hou Dapat Habuan Lumayan – ‘Jangan Anak Tirikan’

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, mangsa cedera ditikam di bahagian badan dengan beberapa tikaman dipercayai menggunakan dua senjata tajam.

    Sumber: Threads

    The post ‘Rasanya Dah Tiba Masa, Wajibkan Lawatan Sekolah Ke Penjara’ – Cikgu Zack Kirana first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah