27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Azhar Sulaiman ‘Renovate’ Bilik Leona Buat Netizen Cemburu – ‘Bestnya Ayah Arkitek, Boleh Minta Je’

    Shopee Sale



    Gelagat pelakon Azhar Sulaiman yang mahu mengubah suai bilik anak perempuannya Kasih Iris Leona telah mencuit hati warganet.

    ‘Renovation’ bilik

    " data-video-id="7462546627509619986" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @theazharsulaiman

    Renovating Leona’s Room. Dia nak bilik macam Princess la pulak….

    ? original sound – Miimsy

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Azhar berkongsi keadaan bilik anak perempuannya itu.

    Menurut pelakon berusia 53 tahun tersebut, dia merancang untuk mengubah suai dan mengecat semula bilik berkenaan.

    Tengok barang-barang ini semua Leona, penuh. Daddy keluarkan semua kabinet, gila betul kami nak kemas.

    Ubah suai bilik Leona, Dia nak bilik macam princess pula. You love or not, Leona?

    Komen netizen

    leona azhar

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi bakat Azhar yang juga merupakan seorang arkitek.

    MENARIK:  Wajah Hampir Serupa, Reen Rahim & Mimi Ernida Dah Lali Dianggap Ada Pertalian Darah

    Dalam masa yang sama, mereka menyifatkan Leona sebagai anak yang bertuah kerana kemahiran yang dimiliki bapanya.

    Seronoknya Leona, bapanya arkitek, bilik belum siap pun dia dah bayangkan macam mana dan nak letak barang-barang semua.

    Bestnya bapa dia arkitek, relaks je minta buat reka bentuk bilik baru.

    Leona mesti best dapat ayah yang teliti macam ini, banyak idea, arkitek pula tu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah