33.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Awak Meyakinkan Saya Kita Akan Jadi Ibu Bapa Yang Sempurna’ – Atikah Suhaime

    Shopee Sale



    Pelakon Datin Atikah Suhaime meluahkan ucapan romantik buat suaminya, Datuk Lokman Teh sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

    Selamat ulang tahun perkahwinan

    Menurut Atikah, dia seorang wanita yang bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat sempurna. Tambah Atikah, dia berasa gembira kerana Lokman menjaganya sebagaimana dia disayangi keluarga sendiri.

    Berbicara lebih lanjut, Atikah mengakui bahawa Lokman seorang suami yang bertanggungjawab dan sentiasa memberi kasih sayang terhadapnya.

    Terima kasih kerana menjadi suami paling sempurna dalam hidup saya. Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama.

    Kepada suamiku, terima kasih kerana melindungi saya seperti abang saya melindungi saya. Terima kasih sebab sayang mama dan papa saya, seperti mana saya menyayangi kedua ibu bapa awak. Terima kasih kerana sering membawa saya ke mana sahaja dan perkenalkan saya sebagai isteri dengan bangganya kepada semua.

    Terima kasih sentiasa ajar saya rasa bersyukur. Walaupun awak tidak sempurna di mata orang, tepi untuk saya awak adalah suami sempurna yang Allah beri kepada saya.

    Apabila saya disahkan hamil, saya takut kerana menganggap yang kita belum bersedia tetapi awak meyakinkan saya bahawa kita akan menjadi ibu bapa sempurna.

    Awak sentiasa tunjukkan kelembutan dalam setiap hal. Semakin hari, semakin jatuh cinta. Awak tunjukkan kalau kita menangis tak semestinya kita lemah.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Atikah Suhaime ?????? (@therealatikahsuhaime)

    MENARIK:  Emma Maembong Dakwa Disantau Selepas Baca Mantera Dihantar Peminat – ‘Saya Terus Meracau, Mengilai, Muka Basah’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah