24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ardell Aryana Dedah Anak Usia 5 Tahun Mimpi Syurga Sebelum Berangkat Misi Kemanusiaan GSF

    Shopee Sale

    Pelakon Ardell Aryana mendedahkan anaknya, Arwan Malaikha Urwa mengalami mimpi indah tentang syurga sebelum dia berangkat ke Gaza untuk menyertai Misi Global Sumud Flotilla.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ardell Aryana Selamat Timang Anak Kedua

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Selalu Ada Dengan Saya’ – Nadzmi Adhwa ‘Surprise Birthday’ Isteri 10 Hari Awal. Siap Belikan Kereta Mewah!

    Mimpi indah

    Menerusi potongan klip dari siaran langsung di TikTok, pemilik nama Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, berkongsi Arwan yang berusia lima tahun itu menerima beberapa pesanan diterima daripada Allah SWT.

    Ardell mengakui perkongsian anaknya itu membuatkannya berasa sebak kerana pada usia yang masih muda, anaknya sudah pandai berkata sedemikian

    Dia cakap Allah ada pesan, ‘jangan lawan cakap umi (saya), kena dengar cakap umi’.

    Saya cakap dengan dia, seronok dia dapat mimpi indah, saya tidak pernah dapat.

    Kemudian, dia cakap dengan saya, ‘Allah kata selepas ini umi akan dapat mimpi indah pula’.

    Saya rasa sebak sebab budak lima tahun boleh cakap macam itu.

    Malah kata Ardell, dia turut berasa bersemangat untuk menyertai misi tersebut kerana anaknya.

    Alhamdulillah Allah bagi dia mimpi seperti itu. Sekurang-kurangnya dia mimpi indah dan tidak bersedih.

    Mungkin sebab itu masa saya nak pergi Gaza dia okay dan kemudian saya bawa semangat ini sebab dia cakap dengan saya, ‘pergilah tolong kawan saya, kasihan mereka lapar dan kurus. Umi jangan takut, Allah ada’.

    Dia sangat sokong saya, jadi saya akan kuatkan semangat saya.

    Sumber: TikTok

    MENARIK:  ‘Bagi Saya Datuk Seri Siti Nurhaliza Layak Diiktiraf, Dia Pakar Dalam Bidang Seni’ – Azharina

    The post [VIDEO] Ardell Aryana Dedah Anak Usia 5 Tahun Mimpi Syurga Sebelum Berangkat Misi Kemanusiaan GSF first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah